berita

Hanya Dengan Bajet RM 450, Gadis-Gadis Cun Ini Berjaya Backpacking Ke Koh Lipe

March 24th, 2016 | by Arini Saleh
Travelogue

TRIP TO KOH LIPE - HATYAI HEADER

Bagi kaki-kaki travel mesti dah familiar dengan Koh Lipe yang sangat famous dengan warna air lautnya yang biru dan jernih. Sangat cantik tempat ni. Tak hairanlah pulai ini sangat terkenal dengan aktiviti menyelam. Kedudukan tempat ini juga hampir dengan Pulau Langkawi, siapa-siapa yang nak pergi boleh  masuk melalui Pakbara, Thailand.

Nak tahu lebih lanjut jom baca tips menarik dari Sarah Affandi bersama tiga orang lagi gadis-gadis ayu ni ke Koh Lipe – Hatyai. Yang bestnya dorang ke Koh Lipe tak dirancang pulak tu. Ini lah namanya backpackers. Redah je! hehe

Wang Kelian -> Koh Lipe -> Hat Yai -> Padang Besar

peace

Trip kali ini kami plan last minute. Actually kalau ikut plan asal, nak pergi Hat Yai saja. Tapi tetiba muncul pula idea nak ke Koh Lipe sebab situ saja pulau yang boleh accept Border Pass. So berbekalkan bajet yang sangat ciput (RM 450), akhirnya berjaya juga kami sampai ke Koh Lipe dan pulang dengan selamat walaupun banyak dugaan yang datang. Jom layan dulu bajet kitorang.

Budget Guidelines Per Person 3D2N

pic 1

Taxi Wang Kelian -> Pak Bara : 450 baht (RM 52.25)
Happy Tourist SIM Card : 74.75 baht (RM 8.65)
Speedboat Pak Bara <–> Koh Lipe (return) : 1000 baht (RM 116.28)
Fee Entrance Pak Bara : 20 baht (RM 2.32)
Fee Entrance National Park + Longtail : 250 baht (RM 29.03)
Resort / Hotel (Koh Lipe & Hatyai) 3D2N : 538.75 baht (RM 62.65)
Island Hoping 5 islands (inc snorkeling gear, food, fruit & mineral water) : 500 baht (RM 58.14)
Mini Van Pak Bara -> Hatyai : 200 baht (RM 23.22)
Makan & Minum (Pak Bara, Koh Lipe & Hatyai) : 257 baht (RM 30)
Tuk Tuk : 60 baht (RM 6.98)
Train Hatyai -> Arau : RM13
Total : 3350 baht (RM 390) + train = RM 403

*semua bajet di atas sudah dibahagi dengan 4 orang

Tips & Fakta Menarik Tentang Koh Lipe & Hat Yai

1 Waktu di Thailand awal satu jam di Malaysia

pic 2

Waktu di Thailand awal satu jam di Malaysia. Jadi, jangan keliru dengan jadual train atau boat di sana. Currency Malaysia sekarang agak rendah, jadi memang terasa makanan di Thailand agak mahal sekarang. Saya tukar RM 400 = 3360 baht.

2 Naik train dari Padang Besar ke Hatyai – minibus/minivan ke Pak Bara

speedbot

Sebenarnya banyak cara nak ke Koh Lipe. Kalau naik train dari Padang Besar ke Hatyai, then naik minibus/minivan ke Pak Bara, mungkin lagi murah tapi ambil masa yang lama dan takut tak sempat kejar last boat ke Koh Lipe. Kalau naik teksi dari Wang Kelian ke Pak Bara, cuma ambil masa 45 minit sahaja. Tapi bagi kami, harga teksi yang kami naik agak mahal dan lagi jimat kalau drive sendiri ke Pak Bara. Cara yang paling cepat nak sampai ke Koh Lipe, naik speedboat dari Langkawi terus ke Koh Lipe tapi harga tiket agak mahal.

3 Koh Lipe adalah salah satu pulau yang termahal di Thailand

pic 4

Koh Lipe adalah salah satu pulau yang termahal di Thailand. Jadi kalau backpackers bajet ciput macam kami ni pergi, memang tak merasa la nak makan sedap sedap kat pulau tu. So, bagi yang bajet ciput bolehlah bawa biskut, meggi, air mineral, milo 3in1 siap siap dari Malaysia. Bayangkan hot water dkt 7e di sana pun dah 40 baht.

4 Koh Lipe juga dikenali sebagai ‘dog island’

Koh Lipe juga dikenali sebagai ‘dog island’ sebab anjing memang bersepah tak kisah la di pantai, restoran, tepi kedai memang mana mana tempat ada anjing. Pengalaman kena kejar anjing memang tak boleh lupa haha. Lagi scary malam tu kami tak boleh tidur sebab dengar anjing menyalak non stop. Hrmm jadi yang takut dengan anjing fikir banyak kali sebelum datang sini.

5 Snorkeling di Koh Lipe memang best sangat

snorkling

Snorkeling di Koh Lipe memang best sangat sebab coral di situ memang cantik gilaaaa. Air pun jernih sangat. Package snorkeling dalam area 550-650 baht tapi kami dapat package murah dengan agency ni, iaitu 500 baht per person. Not really recommended sebab terpaksa tunggu 2 jam baru boat sampai so banyak buang masa kat situ.

6 Tukar duit dengan rate yang tinggi, boleh tukar dengan money changer di Hatyai

Kalau nak tukar duit dengan rate yang tinggi, boleh tukar dengan money changer di Hatyai, kedai bertentangan dengan Grand Plaza Hotel. Rm100 = 845 baht

7 Floating Market Hat Yai cuma buka hari Sabtu & Ahad sahaja (3 pm – 9 pm)

pic 9

Floating Market Hat Yai cuma buka hari Sabtu & Ahad sahaja (3 pm – 9 pm). Jadi plan nak food hunting dekat Hat Yai tak berjaya sebab train pukul 4 pm maka tak sempat lah ke Floating Market. Tempat best nak makan di Hat Yai boleh cari area Lee Garden Plaza, Gimyong Market atau Hatyai Plaza tapi susah sikit nak jumpa makanan halal.

 

Details lagi ha si manis ni, Sarah Affandi ni bagi penerangan. Bagi yang teringin nak ke sana mungkin boleh ikut tips dari beliau. Perempuan pun boleh sampai kalau berani. Yang penting kena pergi secara berkumpulan. Baru la secure.

Sumber : facebook Sarah Affandi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×