berita

Dapatkan Berita, Laporan Terkini Pilihan Raya Negeri Sabah Secara ‘Live’ Menerusi myundi

September 14th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pada 12 September lalu, proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 telah diadakan dan bakal menyaksikan pertandingan merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Sementara itu, tarikh mengundi untuk PRN Sabah ditetapkan pada 26 September 2020.

Info info penting mengenai pilihan raya

Bersempena pilihan raya negeri Sabah yang akan datang, rakyat Malaysia boleh mendapatkan info-info terkini mengenai pilihan raya melalui portal berita myundi oleh REV Media Group yang telah dilancarkan pada pilihan raya 2018 yang lalu di
www.myundi.com.my.

Portal berita myundi 2020 kini dengan identiti, konsep dan reka bentuk grafik yang baru selari dengan penambahbaikan keberadaan perniagaan secara dalam talian dan kegunaan web. Melalui myundi juga, anda boleh mencari kisah-kisah terkini pilihan raya, tajuk utama, video, dan lebih banyak perihal berkaitan calon, undian, kempen dan sebagainya.

Antara tarikh penting bagi pilihan raya negeri Sabah adalah:
12 September 2020 – Hari Penamaan Calon
22 September 2020 – Hari Pengundian Awal
26 September 2020 – Hari Mengundi

Boleh lihat secara live keputusan undian

Orang ramai boleh menggunakan myundi sepenuhnya dengan ciri-ciri baru yang lebih moden, optimum dan lebih responsif. Segala maklumat dan informasi terdapat dalam myundi boleh dipercayai (memaparkan laporan berita terkini dari akhbar-akhbar terkemuka tempatan; Harian Metro, Berita Harian dan News Straits Times begitu juga laporan dan analisa dari TV3, ntv7,8TV, dan TV9) dan diukur (keputusan undian mengikut masa sebenar).

Selain itu, myundi juga memberi akses kepada siaran langsung 24 jam di samping akses bagi melihat profil calon yang bertanding. Secara kesimpulannya, portal myundi merupakan direktori sehenti di mana orang ramai boleh mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya. Portal berita myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my di seluruh dunia.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×