Seorang ibu terkejut apabila mendapati anak perempuannya yang baru sahaja berusia 6 bulan itu dijangkiti virus herpes. Wanita itu kemudian memuatnaik beberapa foto anaknya itu di media sosial bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai.
Hanya kerana satu ciuman
Menerusi laporan Mirror Uk, ibu muda yang berusia 21 tahun itu memberitahu virus tersebut sangat berbahaya kerana boleh menjejaskan kesihatan bayi dimana bayi yang baru lahir akan mengalami selesama dan boleh membutakan. Difahamkan juga, virus ini boleh berpunca daripada hanya satu ciuman sahaja. Menceritakan kisah itu, Hollie memberitahu bahawa sebelum dia melahirkan bayinya, Oarlah, dia telah melihat satu posting di Facebook yang membincangkan mengenai virus herpes ini.
Dia kemudian bernekad untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkannya itu daripada terkena virus berkenaan. Sebaik sahaja bayinya itu dilahirkan, dia telah ‘mengharamkan’ ahli keluarga dan rakan-rakan daripada mencium bayinya.
Beberapa ibu yang lebih tua menganggap saya hanya seorang yang muda, terlebih dahulu berhati-hati masa ibu, tetapi saya tidak peduli.
Orang menganggap saya paranoid ketika saya berkata saya tidak mahu sesiapa yang mencium Oarlah ketika dia dilahirkan, tetapi saya melihat apa yang boleh dilakukannya.
Dijangkiti virus herpes
Menceritakan kisah itu, Hollie mengakui agak sukar baginya untuk menahan diri dari mencium anaknya itu.
Saya juga tidak membiarkan ibu saya menciumnya, saya akan mencium tapak kaki kakinya, dan menggelitik perutnya, tetapi saya tidak pernah mencium mukanya.
Tetapi ketika Oarlah berusia 6 bulan, bayinya itu ditumbuhi bintik-bintik merah dan putih pada bahagian perut. Pada ketika itu, Hollie beranggapan itu hanyalah disebabkan cacar air tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila bintik-bintik merah tersebut semakin teruk dan merebak pada bahagian kepala dan mukanya. Bimbang dengan keadaan Oarlah, Hollie kemudian membawa bayinya itu ke hospital dan doktor mengesahkan Oarlah dijangkiti virus herpes.
Ujian menunjukkan bahawa bernasib baiknya virus itu tidak mempengaruhi penglihatannya dan selepas 24 jam bengkak mula turun. Tompok-tompok itu hilang setelah empat minggu, dan satu-satunya bekas luka yang kini ditinggalkannya adalah dari tempat di kakinya.
Sumber: Mirror Uk