berita

‘Hanya Diberi Hak Melawat Sahaja’ – Bekas Suami Kelly Clarkson Minta Nafkah RM1.8 Juta Sebulan

December 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Penyanyi, Kelly Clarkson kini berdepan tuntutan nafkah diri dan dua anak dari bekas suaminya iaitu Brandon Blackstock dengan nilai RM1.8 juta sebulan.

Blackstock yang juga bekas pengurus Clarkson itu dipercayai meminta wang tersebut sebagai persetujuan selepas pihak mahkamah memberikan hak jagaan dua anak mereka kepada bekas isterinya.

Diberi hak untuk melawat

Menerusi laporan Pagesix.com, Kelly Clarkson mendapat hak jagaan dua orang anaknya iaitu River Rose dan Remington Alexander. Oleh itu, kedua-dua anaknya itu akan menetap di Los Angeles bersamanya dan Blackstok hanya diberi hak untuk melawat sahaja.

Susulan daripada itu, Blackstok telah membuat permintaan yang tidak relevan iaitu ingin memiliki nafkah bulanan buatnya dan dua anak mereka. Walaupun penyanyi ‘Because Of You’ itu bersetuju untuk memberikan wang belanja anak, namun bekas suaminya meminta sebanyak RM1.2 juta untuk nafkah dirinya dan RM550 ribu sebagai perbelanjaan bulanan buat kedua-dua anak mereka.

Ada beberapa tuntutan lain

Bukan hanya itu sahaja, dia juga membuat beberapa tuntutan lain hanya untuk dirinya seorang akibat perceraian yang berlaku.

Menurut laporan tersebut juga, seandainya Blackstock masih berkeras dengan permintaannya itu, dia akan memperoleh sebanyak RM21 juta setahun daripada bekas isterinya. Kelly Clarkson dan Blackstock mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan mereka sah bercerai pada Jun lalu. Perceraian tersebut dipercayai berlaku atas permintaan penyanyi itu sendiri.

Sumber: Pagesix.com

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×