berita

Hanya Guna 3 Bahan, Ini Cara Mudah Buat Chocojar Yang Serius Sedap!

September 7th, 2020 | by Zulaikha
MyResipi

Siapa kat sini suka makan chocojar? limpahan chocolate ditambah pula dengan kerangupan coco crunch, sebalang memang tak cukup, silap-silap dua balang boleh habis time tengah ralit scroll Facebook. 

Ramai yang beranggapan buat chocojar ini renyah, dan memerlukan kos yang tinggi dan selalunya chocojar yang sedia ada di pasaran berharga anggaran RM 10-RM. 20, tapi kali ini lagi lebih jimat dan puas makan. 

Hanya 3 bahan utama

  • Small Coco Crunch
  • Coklat
  • 1/2 Cawan minyak masak

Bahan yang diperlukan ketika membuat chocojar kali ni sangat simple dan senang didapati di kedai yang berhampiran jadi tak ada alasan untuk tidak buat sendiri ya !

Langkah-langkah penyediaan

Cairkan dulu coklat guna teknik double boil yang penting kena letak minyak sikit untuk elakkan daripada coklat tu beku semula. Bila coklat dah cair, boleh gaulkan dengan coco crunch sehingga rata. Boleh mula packing mengikut bekas yang kita nak.

Proses pembuatan chocojar juga tidak susah, hanya perlukan 3 langkah mudah yang perlu korang ikuti. Jadi, selepas ini korang bolehlah buat sendiri dekat rumah, senang pon senang kan? lepas tu boleh kongsi dengan kawan-kawan dekat office. 

P/S : Anda juga boleh meletak seberang topping kegemaran anda mengikut kesesuian ya.

Sumber: NorHamiza

SKIP THIS AD ×