berita

Mak Pengantin Tak Nak Majlis Kahwin ‘Simple’, Desak Anak Untuk Panggil 1000 Tetamu

March 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang bakal pengantin meluahkan rasa sedih dan tertekan menerusi sebuah akaun Twitter kerana dia bersama tunangnya mahu mengadakan majlis resepsi secara sederhana tetapi dibantah oleh keluarga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengantin Lelaki Dipeluk Erat Oleh ‘Wanita Berpurdah’, Rupa-Rupanya…

Artikel Berkaitan: Tak Sampai 24 Jam Kahwin, Influencer ‘Cerai’ Dengan Diri Sendiri – ‘Saya Dah Tak Tahan..’

Artikel Berkaitan: Tak Sampai 24 Jam Kahwin, Influencer ‘Cerai’ Dengan Diri Sendiri – ‘Saya Dah Tak Tahan..’

‘Kahwin sekali sahaja…’

Gambar sekadar hiasan

Menurut individu tersebut, semasa di awal perancangan dia telah berbincang bersama tunangnya untuk menghadkan tetamu bagi mengelakkan bebanan kos. Namun, keputusannya itu ditentang oleh ibunya sendiri kerana keluarganya mempunyai ramai kenalan dan saudara-mara.

Saya dan tunang merancang untuk buat majlis yang ringkas sahaja tapi masalahanya mak saya tidak setuju. Katanya kahwin ini sekali sahaja dan dia ramai kawan dan saudara-mara nak dijemput.

Saya dan tunang pula nak jimatkan kos dan hanya mahu jemput 300 orang maksimum tapi setelah mak buat kira-kira, kami perlu menjemput 1000 tetamu dan ia sudah berlebih dari bajet kami.

Setelah itu, dia memaklumkan kepada tunangnya dan mengambil keputusan untuk mengikuti sahaja kehendak keluarganya. Dia memberi cadangan supaya kos tambahan kelak boleh digantikan dengan pemberian ‘wang salam’ daripada tetamu nanti.

Saya cakap pada tunang, tak mengapalah nanti akan ada salam keruk (wang salam) jadi boleh tampung kembali kos berlebihan. Tapi tunang saya kata wang tersebut mungkin akan diambil oleh ibu bapa saya nanti.

Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan mengapa keutamaan sesebuah majlis perkahwinan diletakkan kepada jumlah jemputan yang ramai serta perlu menanggung bebanan kos yang tinggi dan bukannya meraikan pengantin.

Saya rasa konsep majlis kahwin ini dah salah la. Sepatutnya majlis kahwin kita, jemputan kita hanyalah terhad kepada kenalan rapat sahaja sudahlah.

Netizen berkongsi pengalaman sama

Gambar sekadar hiasan

Menjengah pula ke ruangan balas ciapan tersebut ternyata ramai warganet turut berkongsi masalah yang sama.

Dulu saya pun macam ini juga. Memang terus terang cakap, bajet untuk kenduri tak banyak dan ada bergaduh juga la pasal tetamu.

Saya ada seorang kawan yang sanggup berlapar untuk menyimpan wang semata-mata untuk tampung kos perkahwinan. Tapi apa yang menyedarkan keluarga dia adalah ketika dia dimasukkan ke hospital sebelum majlis kahwin.

Saya pernah bergaduh pasal hal ini, masa tu baru nak bertunang dan semasa buat persiapan majlis akad nikah. Dah la semua pakai duit kita sendiri.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×