berita

Hanya Kerana Dengar ‘Bisikan’ Misteri, Individu Ini Tergamak Perkosa Nenek Berusia 65 Tahun, Kejam!

September 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki di Indonesia telah ditahan oleh pihak polis dan akan diadili di mahkamah selepas didakwa atas pertuduhan memperkosa seorang warga emas yang berusia 65 tahun. Lebih mengejutkan apabila suspek mendakwa mendengar ‘bisikan’ yang mendorongnya melakukan perbuatan terkutuk itu.

Dengar bisikan misteri

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Makassar Tribunnews, suspek yang sudah berkahwin dan memiliki anak itu tergamak menodai seorang wanita tua hanya kerana ‘bisikan’ tersebut. Menurut suspek, pada waktu malam, dia telah memanjat masuk ke rumah mangsa sebelum menuju ke ruang tamu.

Suspek kemudian bertindak menghampiri mangsa yang sedang nyenyak tidur di ruang tamu. Mangsa yang menyedari kehadiran suspek cuba melawan dan mempertahankan diri tetapi malangnya dia telah dipukul. Mangsa yang sudah lemah tidak mampu berbuat apa-apa sebaliknya dia terus diserang dan diperkosa oleh suspek. Lebih meruntun hati apabila suspek tergamak menutup mulut mangsa ketika dia memuaskan nafsu jijiknya itu.

Ditahan pihak polis

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada insiden itu, mangsa telah membuat laporan polis. Menurut pegawai polis Majene, Jamaluddin, pihak mereka kemudian bertindak menahan suspek.

Suspek kini ditahan. Dia didakwa berdasarkan Artikel 285 Kanun Jenayah. Pidana Subs 289 Kanun Jenayah. Hukuman maksimum adalah 12 tahun.

Hasil daripada soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu selepas mendengar suara ghaib terbabit. Pihak polis juga berjaya merampas beberapa barang bukti termasuk pakaian milik mangsa.

Sumber: Makassar Tribunnews

SKIP THIS AD ×