Kemesraan kakak ipar yang didakwa tiada batas menjadi mimpi ngeri setelah telanjur hamil ‘benih’ adik ipar.
Artikel Berkaitan: Isteri Kanser Tahap 4, Suami Buat ‘Projek’ Dengan Perempuan Lain Sampai Hamil – ‘Dah Berbulan Tak Balik Rumah, Susu Anak Tak Beli’
Artikel Berkaitan: Terlanjur Dengan Adik Ipar Sampai Hamil, Suami Racun Isteri Sebab Tak Diizinkan Kahwin Lain
Terlanjur hingga mengandung
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Tiktok, seorang individu berkongsi kisah seorang kakak ipar yang melengkapi kehendak adik ipar apabila berkumpul di kampung.
Ujarnya, isteri kepada adik ipar terbabit tidak memberikan layanan yang sama.
Adik ipar lelaki curang dengan kakak ipar. Hanya kerana secawan kopi dan kemesraan tanpa batas sampai terlanjur hingga mengandung.
Isteri kepada adik ipar tidak melayannya sama macam kakak ipar.
Kakak ipar selalu tanya nak makan apa dan bancuhkan air.
Berkongsi lebih lanjut, suami kepada kakak ipar terbabit tidak menunjukkan sebarang masalah dalam rumah tangga.
Suami tiada masalah. Nafkah okay, tak mandul dan bertanggungjawab.
Lafaz cerai
Difahamkan, si suami berkeputusan untuk melafazkan cerai pada isteri yang berlaku curang dengan adik ipar sendiri.
Ujarnya lagi, keadaan itu membuatkan si suami kecewa dengan rumah tangga yang dibina hampir 10 tahun hancur begitu sahaja.
Suami ceraikan isteri di mahkamah.
Sedih suami terpaksa lafaz cerai kepada perkahwinan yang sudah hampir 10 tahun dibina hancur kerana kecurangan dengan adik ipar.
Dalam pada itu, individu terbabit sempat menitip pesanan agar meletakkan batas dalam bergaul agar tidak terjadi kes-kes sebegini antara keluarga.
Sumber: TikTok Tuan MA