Seorang wanita didakwa menjadi mangsa pukul suami sendiri hanya kerana terlambat masak juadah berbuka puasa. Kejadian yang dipercayai berlaku di Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru ini menyebabkan mangsa lebam di beberapa bahagian badan.
Ditumbuk & dipukul dengan kayu
Ingatkan bulan baik hari baik nak-nak di bulan Ramadhan ni syaitan dah kene ikat. Rupanya masih ada lagi manusia berhati syaitan dan binatang macam nih. Hanya kerana terlambat balik untuk memasak juadah berbuka puasa walaupun bekal lauk sudah dibawa (masak lemak siput sedut) si isteri di tumbuk di muka dan di pukul dengan kayu!!!
Tolongla. Bukan sekali tapi ini kali kedua pukul memukul nih!!! Kalau muda mungkinla boleh dikatakan pendek akal.. Tapi ni dah tua.. Bak kata seniman P Ramlee ‘DAH TUA PUN BODOH!!!”
Diharapkan kejadian ni tak berulang lagi dan si pemukul ni mendapat tindakan sewajarnya. Ingat ya. Si mangsa mempunyai waris tau. Jangan nak buat sesuka dan sesedap tangan je..
#Kejadian berlaku di Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru.
Dah ditahan polis
Difahamkan pihak keluarga mangsa sudah melaporkan kejadian kepada polis dan suspek kini ditahan. Orang ramai yang turut bersimpati memohon agar hukuman setimpal dijatuhkan.
Sumber : Facebook