berita

‘Hanya Kita Berdua’ – Tweet Terakhir Naya Rivera Sebelum Hilang Bikin Sebak

July 10th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pelakon siri muzikal popular, Glee iaitu Naya Rivera dilaporkan hilang selepas menaiki sebuah bot yang disewa di Tasik Piru, California. Dia bersama anak lelakinya, Josey Hollis Dorsey dikatakan bersiar-siar namun tiga jam kemudian anak lelakinya ditemui bersendirian.

Sehingga kini, bintang tersebut masih belum ditemui walaupun usaha pencarian giat dilakukan. Dia dipercayai lemas ketika berenang dan tidak dapat diselamatkan.

Hanya kita berdua

Di Twitter, orang ramai meluahkan rasa hiba membaca perkongsian terakhir Naya Rivera sebelum hilang. Dia memuat naik gambar mesranya bersama anak yang berusia empat tahun dengan kapsyen ‘hanya kita berdua’.

Media melaporkan, anaknya ditemui sedang tidur di dalam bot dengan memakai jaket keselamatan. Kata anak, mereka berdua turun ke tasik untuk berenang tetapi hanya dia yang naik ke bot. Ibunya tidak.

Orang ramai mendoakan semoga pelakon ini segera ditemui walau dalam apa jua keadaan. Mereka bersimpati dengan nasib anak yang terpaksa melihat tragedi ibunya hilang.

Tertanya-tanya apa berlaku

Sumber : Naya Rivera

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×