berita

‘Hanya Mahu Hasilkan Video Klip Termahal’ – Dituduh Riak ‘Mandi Duit’, Ini Penjelasan Vida

September 19th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam tular di laman sosial apabila ramai menyifatkan Dato Seri Vida seorang yang riak gara-gara video ‘bermandikan duit’. Sebenarnya adegan tersebut merupakan sebahagian rakaman untuk klip video single terbaharunya, I Am Me.

Artikel Berkaitan : [VIDEO] ‘Riak Sampai Lupa Tuhan’ – Teaser Video Klip Baru ‘I Am Me’ Teruk Dikritik Netizen

Tidak tahan dikecam netizen, DSV tampil beri penjelasan sebenar dan menjawab segala kritikan netizen.

Mahu hasilkan video klip termahal

Saya minta maaf andai video itu keterlaluan. Saya sebenarnya tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk. Sebenarnya ini cara saya berkarya, saya cuma mahu hasilkan video klip termahal di Malaysia.

Lagu seperti rentak PSY tapi saya nak lawan Taylor Swift dan mahu setanding dengan level Katy Perry

Menerusi Mstar Online, dia tidak berniat mahu menunjuk namun hanya mahu menghasilkan video klip yang termahal di Malaysia. Jutawan kosmetik itu menjadikan Taylor Swift dan Katy Pery sebagai inspirasi dalam pembikinan video.

Dia memilih kedua-dua penyanyi tersebut sebagai idola kerana konsep penceritaan dan videonya yang cantik dan termahal.

Lebih sejuta untuk penghasilan video

Saya suka konsep dan (klip) video mereka yang cantik, smooth… ada kelas dan termahal untuk mereka. Saya mahu tampil lain dari yang lain..

Segala props termasuk barang kemas terutamanya cincin dan gelang yang ditempah khas untuk klip video ini menelan belanja lebih RM1 juta. Saya bukan nak riak tapi itulah harga yang perlu saya bayar untuk dapatkan klip video bertaraf antarabangsa

Menurut DSV, dia telah membelanjakan lebih RM1 juta untuk penghasilan video itu. Adegan ‘bermandikan duit’ yang dikongsi Vida dikecam netizen dengan ada menyifatkan usahawan kosmetik itu sebagai riak.

Tak sabar tunggu kemunculan video ini yang bakal dilancarkan pada 30 September ini.

Sumber : Mstar Online

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×