berita

‘Hanya Makan Nasi Goreng Kosong…’ – Suami Cabut Rumput Guna ‘Tangan’ Demi Sara Keluarga

June 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: Cempaka Merah

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan sebuah keluarga yang hidup serba kekurangan. Kisah keluarga ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook menerusi satu posting yang dimuat naik olehnya. Sedihnya!

Ambik upah cabut rumput pakai tangan?

Ujar pemilik posting tersebut, ketua keluarga yang dikenali sebagai Mohd Khairi ini mengambil upah mencabut rumput dengan menggunakan tangan bagi mencari rezeki yang halal buat keluarganya. Difahamkan, lelaki ini hanya mengambil upah sebanyak RM50 bagi setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya.

Ini diakui sendiri oleh isterinya Siti Meriam Muhamad 30, mereka dan 4 anak mereka terpaksa mengikat perut dan ada kalanya hanya makan nasi goreng kosong kerana keputusan wang untuk beli makanan. Dia pernah cuba bntu suaminya dengan berniaga online tapi sayang tak berpanjangan kerana jualan yang tak menggalakan.

Berbicara lebih lanjut, keluarga yang menetap di Kampung Genting, Tumpat, Kelantan ini terkesan berikutan pandemik Covid-19 dan ada kalanya mereka terpaksa mengikat perut.

Suami buat macam-macam kerja

Foto: Cempaka Merah

Di samping itu, Mohd Khairi menceritakan dia mengambil upah memanjat pokok kelapa dan membersihkan halaman rumah orang. Bagaimanapun, kerja-kerja tersebut tidak dapat dilakukan ekoran pandemik ini.

Dulu dia pernah kerja ambik upah mengangkut buah kelapa dengan upah RM50 selori tapi dia terpksa berhenti kerja kerana kilang nak kurangkn pekerja kerana SPP. Demi anak-anaknya yang berumur 12,9,5 dan 9 bulan dia tahu dia perlu berusaha lebih lagi walaupun masa PKP ini.

Adakala mereka kehabisan barangan dapur dia terpaksa keluar mengutip besi-besi buruk dan barang-barang yang  boleh dikitar semula untuk dijual bagi membeli makanan untuk anak-anak. Anak-anak sebesar itu apalah mereka faham tentang kesusahan ibu bapa mereka. Mereka menyewa sebuah rumah yang sedikit usang sebanyak RM50 sebulan. Nasib mereka baik kerana ada hamba Allah yang sudi menyewakan rumah baru yang lebih selesa buat mereka sekeluarga. Cuma mereka masih perlukan bantuan pekerjaan untuk kehidupan sehari-sehari.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, Khairi tidak berpeluk tubuh dan mengharapkn bantuan semata-mata walaupun ada kalanya pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi.

Sumber: Cempaka Merah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×