berita

Hanya Makan Pil Tidur Untuk Buka Puasa

September 13th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Malang tidak berbau apabila pasangan warga tua ini disamun dengan cara licik. Pada awalnya, perompak itu cuma menanyakan rumah sewa, akhirnya bertukar tragedi apabila pasangan ini ditumbuk di muka dan diterajang teruk.

Kejadian yang berlaku di Kampung Peramu Melaka, Jumaat lalu membuatkan warga emas ini trauma. Lebih menyedihkan,pasangan itu hanya berbuka puasa dengan menjadi mangsa belasahan, sebelum dipaksa menelan pil tidur.

Buka puasa dengan pil tidur

Saya minta izin untuk berbuka puasa pun dia tak bagi, apa lagi mahu ke tandas. Itulah makanan (pil tidur) berbuka puasa saya dan suami pada hari kejadian.

Pada mulanya saya dengar orang memberi salam lalu hanya membuka sedikit pintu rumah. Dua lelaki itu bertanya sama ada rumah inap desa di sebelah rumah saya kosong untuk disewa.

Mariam Mahmud menceritakan detik dia dan suami, Alias Simin disamun di rumah mereka pada Jumaat lalu. Kejadian itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum masuk waktu berbuka puasa, kira-kira 7 malam.

Menumbuk bahagian muka dan menyepak pinggul

Saya beritahu rumah itu tidak boleh disewa kerana belum dikemas, namun mereka tetap berkeras mahu menyewanya. Secara tiba-tiba, kedua-dua mereka meluru ke dalam rumah lalu menumbuk di bahagian muka dan menyepak pinggul saya.

Sebaik pak cik membuka pintu dan melangkah masuk, seorang daripada dua lelaki terbabit terus mengunci leher menggunakan lengan dari arah belakang. Dia mengacukan kacip pinang ke leher sebelum menggunakan pisau pemotong sayur yang diambil di dapur rumah.

Menurutnya lagi, dia sudah membawa sepinggan nasi bersama sayur dan lauk, di hadapan televisyen di ruang tamu rumah.. Sementara itu, ketika kejadian dia baru pulang dari kebun dan sejurus tiba di rumah pada 7.15 malam berasa hairan apabila pintu rumah dikunci dari dalam.

Diikat guna pengecas telefon bimbit

(sekadar gambar hiasan)

Selepas pak cik dan isteri diikat menggunakan kabel pengecaj telefon bimbit, kami minta untuk menunaikan solat, tetapi mereka tidak benarkan.

Kejadian ini membuatkan saya dan isteri akan lebih berhati-hati selepas ini dan berharap pihak polis dapat menyelesaikan kes samun berkenaan

Alias berkata, suspek menggunakan kereta Perodua Axia berwarna perak dan kedua-duanya dianggarkan berusia 30 dan 40-an. Jumaat lalu, Harian Metro melaporkan, pasangan warga emas berkenaan disamun dua lelaki membabitkan kerugian lebih RM23,000.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×