berita

Hanya Masukkan Nombor Telefon & Kirimkan Duit Raya Kepada Yang Tersayang Dengan DuitNow!

May 21st, 2020 | by Nurul
Kini Trending

gettyimage.com

Raya tahun ni memang berbeza betul kan? Bukan je tak dapat balik kampung, nak beraya ke rumah saudara mara dan bersalam-salaman pun tak boleh. Maknanya, tak dapatlah nak bagi duit raya? Hmm..tak meriahlah macam tu!

Eh..siapa cakap, sekarang kan zaman dah serba canggih, walaupun beraya secara norma baru, tak bermaksud tak boleh bagi duit raya. DuitNow kan ada!

DuitNow, pengganti duit raya!

Kalau sebelum ni, leceh jugak bila kena pergi bank dan beratur untuk tukar duit raya. Tapi, kenapa korang nak susahkan diri kalau ada cara lain yang lebih praktikal serta dapat menjimatkan masa dan tenaga? 

Korang mesti pernah dengar tentang DuitNow kan? DuitNow, sebuah perkhidmatan pembayaran, membolehkan korang memindahkan wang dengan cara yang lebih mudah dan pantas!

Ini bermakna, korang masih boleh beri duit raya kepada sesiapa sahaja yang korang inginkan walaupun tak dapat pulang beraya ke kampung.

Lebih menarik, dengan DuitNow, penghantaran duit adalah real-time di mana penerima akan menerima duit serta merta sama seperti instant transfer, dengan hanya perlu masukkan nombor handphone penerima wang tanpa perlu susah-susah minta nombor akaun bank mereka.

Kan mudah tu, bolehlah kirimkan sedikit duit belanja untuk mak dan ayah buat persiapan raya juga. Pagi raya nanti, jangan lupa kirimkan pula duit raya kepada mak ayah, adik beradik dan saudara mara di kampung. Mesti diorang gembira!

Yang lebih penting, cara ini adalah paling selamat, bila mana tak dapat bersalam-salaman pun, tapi masih boleh bagi duit raya kepada yang tersayang, asalkan mereka aktifkan ID DuitNow (ID DuitNow adalah nombor handphone) di bank mereka.

Tak tahu macam mana cara nak gunakan DuitNow? Mudah je..

  1. Log masuk ke perbankan Internet atau mudah alih
  2. Cari DuitNow di bawah menu ‘Funds Transfer’ atau ‘Send Money’.
  3. Masukkan nombor handphone penerima dan sahkan butiran pemindahan. Wang akan dipindahkan ke akaun penerima dengan serta-merta.

Kacang je kan! Kalau korang nak lebih jelas, tonton video kat bawah ni:

Selain itu, korang juga tak perlu nak muat turun DuitNow sebab ianya bukanlah sebuah aplikasi tersendiri, sebaliknya DuitNow tersedia di dalam perbankan mudah alih korang.

Oh ya, hampir semua bank ada menyediakan perkhidmatan DuitNow ni, termasuklah CIMB, Citibank, Hong Leong Bank, HSBC, Maybank, Public Bank, RHB, UOB dan banyak lagi! Jadi korang tak perlu ragu-ragu untuk menggunakan DuitNow ni kerana ia memang selamat, kerana menggunakan perkhidmatan rasmi bank korang.

Jom cuba cara baru dan menyeronokkan sambut Hari Raya dengan DuitNow!

Image may contain: text

Bukan duit raya je, korang juga boleh meriahkan Hari Raya ni dengan seleksi filters, pelekat dan Raya e-greeting! Confirm raya tahun ni lebih sempoi! Jom tengok apa yang DuitNow sediakan!

Nak tahu berapa duit raya korang dapat tahun ni? Try filter DuitNow sekarang kat sini:

https://www.instagram.com/p/CAeS4sWnehd/?utm_source=ig_web_copy_link

Pagi raya mesti wajib upload OOTD raya kan? Jom hias gambar korang dengan pelbagai pelekat yang comel ni! Cari pelekat DuitNow di Instagram atau muat turun untuk Whatsapp di sini. 

Tak sempat nak hantar kad raya? Jangan risau, korang boleh hantarkan ucapan Hari Raya dengan Raya e-greetings DuitNow.

Image may contain: one or more people and text

Lain macam kan Raya 2020 ni? Walaupun lain, tapi semangat raya masih terasa dan Raya ‘Mask’ Jalan! Untuk cuba semua ni, layari Facebook, Instagram atau laman web DuitNow.

Tak balik raya, no problem!

Kredit: RHB Group

Buat korang yang tak dapat balik beraya dengan keluarga tu, janganlah sedih-sedih. Walaupun jauh di mata, tapi kan tetap di hati. Jom meriahkan Hari Raya tahun ini dengan kirimkan duit raya sebagai tanda ingatan buat yang tersayang!

Selamat Hari Raya!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web DuitNow.

SKIP THIS AD ×