berita

Hanya Menggunakan Tepung Beras & Tomato, Wanita Ini Kongsi Tips Kecilkan Pori Dan Licinkan Kulit

April 6th, 2019 | by Amirul Asraf
Make-It-Senang

Penjagaan kulit muka menggunakan pembersih, penyegar dan pelembap harus dilakukan oleh setiap individu bagi tampil menarik. Selain tiga langkah tersebut, pemakaian masker juga penting dalam menambah keserian wajah korang.

Menerusi Facebook Nor Noriah, wanita tersebut berkongsi cara membuat masker menggunakan tepung beras dan tomato. Wow mudahnya!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Tepung Beras
  • Tomato
  • Air
  • Madu (bahan tambahan jika korang perlu)
  • Yogurt (bahan tambahan jika korang perlu)
  • Limau nipis (bahan tambahan jika korang perlu)

Cara-cara penyediaan

1. Bancuhkan tepung beras bersama air sehingga menjadi pes. (Boleh pelbagaikan variasi masker tepung beras dengan mencampurkan madu, yogurt dan limau nipis).

2. Kemudian kisarkan tomato sehingga hancur.

3. Campurkan pes tomato dan tepung beras yang telah siap dibuat.

4. Akhir sekali, letakkan campuran tadi ke dalam tempat ais cube bagi proses pembekuan.

Kebaikan tepung gandum pada muka

  • Menyerap minyak yang berlebihan pada muka.
  • Bagus untuk korang yang jenis kulit kering kerana tepung beras dapat memberikan kelembapan pada wajah.
  • Mencerahkan dan menghaluskan wajah.
  • Membuang kulit mati dan memudarkan bintik hitam.

Kebaikan tomato pada wajah

  • Menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata.
  • Kecutkan jerawat.
  • Jeragat menjadi pudar.
  • Mengecilkan liang pori di wajah.
  • Kulit wajah menjadi lembap.
  • Tona kulit sekata.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Noriah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×