berita

‘Hanya Orang Yang Paling Dekat Sahaja Mengenali Dirinya’- Aazief Khalid

January 23rd, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Terpalit dengan satu kontroversi apabila membuka tudung semasa bercuti di Phuket bersama teman lelaki dan rakan-rakan, gambar Instafamous iaitu Sharifah Rose menjadi viral di media sosial.

Menerusi Instagram Aazief Khalid, sebagai teman lelaki gadis cantik itu, dia tetap akan memberi sokongan buat teman wanitanya meskipun dikutuk oleh netizen. Tambahnya, setiap manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan.

Everything really is going to be okay

https://www.instagram.com/p/B7pIZrKHZ48/

Menurut Aazief, kadang kala manusia meletakkan harapan yang terlalu berat kepada orang lain sehinggakan tidak ada kesalahan yang boleh berlaku. Walaupun ada kalanya daripada kesalahan itu juga, kita mampu mempelajari sesuatu yang baru. Tambahnya, teman wanitanya itu seorang anak perempuan yang bertanggungjawab terhadap keluarga, sahabat yang setia dan mempunyai jiwa penyayang. Hanya orang yang paling dekat dan bersama Sharifah Rose sahaja yang akan faham dan mengenalinya. Aazief turut mengakui bahawa gadis itu lebih baik daripadanya.

Sebagai manusia, Aazief turut memberitahu bahawa tiada manusia yang akan melakukan kesilapan malah kadang-kadang ada yang terjatuh ke dalam perangkap tanpa kita menyedarinya. Oleh itu, dia berharap teman wanitanya itu sentiasa kuat dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Saya minta maaf

Terdahulu, Sharifah Rose telah memuat naik satu kenyataan di laman Twitternya. Dia memberitahu bahawa gambar yang tersebar itu sebenarnya diperoleh daripada Insta Story salah seorang rakannya yang turut sama bercuti dengannya di Phuket. Menceritakan kembali detik itu, Rose memberitahu bahawa topi yang dipakainya itu telah basah lalu disebabkan itu dia membuat keputusan membuka topi untuk dikeringkan.

Sumber: Aazief Khalid

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×