Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini selamat bergelar suami isteri.
Artikel Berkaitan: Sule Sahkan Mahalini Peluk Agama Islam, Bakal Nikah Dengan Rizky Febian Di Jakarta
Rizky & Mahalini selamat bernikah
Memetik laporan Kompas, majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Jakarta, Indonesia pada pagi Jumaat itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, saudara-mara serta teman rapat.
Sementara itu, seorang penceramah bebas di Indonesia iaitu Ustaz Maulana sempat berkongsi momen bahagia pasangan romantis itu.
Cuma sekali lafaz dengan mas kahwin yang disebut iaitu logam emas dan sejumlah wang. Saya juga diminta untuk berkongsi nasihat pernikahan kepada mereka.
Difahamkan, pernikahan tersebut dilakukan mengikut adat Sunda.
Untuk rekod, Rizky dan Mahalini telah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.
Hubungan mereka menjadi perhatian susulan perbezaan agama yang mana Rizky beragama Islam manakala Mahalini penganut agama Hindu.
Namun bapa Rizky iaitu Sule mengesahkan Mahalini telah pun memeluk agama Islam.
Sumber: Kompas