Seorang lelaki kongsi kisah misteri sebuah rumah yang terbiar lama dan tidak berpenghuni. Namun yang lebih menyeramkan apabila ada satu nota ditinggalkan memberi pesanan agar dapat menguruskan rangka manusia di dalam rumah tersebut. Bayangkan kenapa pula si penulis nota tersebut tidak terus menelefon pihak berkuasa atau penduduk kampung tersebut. Alahai seramnya..
Ada rangka manusia dalam rumah
Lebih 15k retweet, perkongsian lelaki ini menimbulkan banyak tanda tanya netizen. Rata-rata musykil dengan foto rangka manusia di dalam rumah tersebut milik siapa. Perkongsian ini tidak menjawab bagaimana mayat tersebut tidak dijumpai oleh sesiapa sehingga hanya tinggal rangka.
Uruskan rangka kat rumah arwah
Menurut lelaki ini, dia mendengar banyak versi namun dia kongsi kisah dari penyewa yang pernah tinggal disitu sebelum ini. Rumah itu misteri sehinggalah orang kampung menemui nota untuk uruskan rangka mayat cikgu Jumbri.
Penyewa tak boleh tinggal lama
Rumah sewa itu disewakan hanya RM50 sebulan, namun ramai yang tidak dapat bertahan kerana sering diganggu. Antaranya ialah crew production sendiri yang menggunakan rumah itu kerana harganya murah. Yelah rumah besar macam ini macam tak logik pula murah kan?
Nampak ‘gula-gula’ kat luar tingkap
Menurut salah seorang krew tersebut, dia terjumpa ‘gula-gula’ di luar tingkap rumah itu. Malah dia turut diganggu ketika mandi. Ekoran tidak tahan krew mereka menyewa tempat lain kerana tidak aman. Haish cuaknya, kalau kita pun memang tak sanggup lah.
Mat salleh sewa pun lari
Selepas itu, pasangan mat salleh yang menyewa disitu turut diganggu. Mereka duduk disitu tak sampai seminggu sebelum membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut.
Semua tak boleh duduk rumah itu
Menurut mat salleh tersebut, ada syaitan menganggu mereka. Mungkin apa dimaksudkan mereka adalah hantu atau perkara misitk menganggu. Tambah lelaki ini, kisah mayat itu tidak dapat dikongsikan memandangkan dia risau jika ceritanya itu adalah tidak sahih.
Kisah betul
Kisah misteri ini bukanlah satu rekaan apabila pihak Ketua Bahagian Tg Karang, Tuan Azmil mengesahkan perkara ini sendiri selepas menerima laporan orang ramai. Mayat dibawa ke bilik hospital dan dikebumikan tanah perkuburan Kg Melaka pagi ini.
Sumber : Azrul