berita

‘Happy Birthday Ke-73 Abah!’– FB PM Muhyiddin Yassin Dibanjiri Ucapan Selamat Hari Lahir

May 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Tanggal 15 Mei 1947 merupakan tarikh kelahiran buat Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasssin dan pada hari ini usianya genap 73 tahun.

Selamat hari lahir PM!

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dlahirkan pada 15 Mei 1947, di Muar. Bapa beliau iaitu Muhammad Yassin Muhammad ialah seorang ulama yang amat dikenali di Bandar Maharani, Muar sementara ibunya bernama Khadijah Kassim. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya,  Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Hasil daripada perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua orang puteri dan dua orang putera.

Figura Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin mencuri tumpuan rakyat Malaysia selepas beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-8 pada 29 Februari 2020 selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Terbaru, menerusi akaun Facebook rasmi beliau, rata-rata rakyat Malaysia telah membanjiri di hantaran terbarunya dengan ucapan selamat hari lahir berserta doa supaya beliau diberi kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dirahmati. Bukan itu sahaja, mereka juga turut menggelarkan beliau dengan panggilan ‘Abah’.

Semoga panjang umur

Semoga dipermudahkan segala urusan

Sumber: Tan Sri Muhyiddin Yassin

SKIP THIS AD ×