Sebelum ini, penyanyi Haqiem Rusly mengejutkan peminat apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihannya akhir tahun ini.
Nikah Jumaat ini
Akhirnya, Haqiem mendedahkan tarikh bahagia apabila akan berkahwin pada 19 November (Jumaat) ini. Kata penyanyi berumur 23 tahun, malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 34 adalah masa yang tepat selain dia enggan terus berahsia.
Saya akan bernikah pada 19 November dan majlis ini dibuat secara kecil-kecilan seramai 200 tetamu sahaja bagi mematuhi SOP.
Ini malam yang tepat untuk saya beritahu kepada publik. Hal yang baik saya akan share, jangan risau. Saya minta doa yang baik-baik daripada anda semua supaya semua berjalan lancar.
Perkara itu dimaklumkan usai Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) pada Ahad.
Banyak ubah ke arah kebaikan
Dalam pada itu, pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli menyatakan bakal isterinya merupakan rakan bisnes perniagaannya. Kata pelantun lagu Tergantung Sepi, biarpun umur wanita pilihannya berumur 19 tahun namun dia yakin itu adalah pilihan tepat.
Dia merupakan rakan bisnes saya, kalau nak tahu dialah bos besar dan saya ni duta saja.
Bila jumpa dia, apa salahnya saya masuk saham sikit, maka keraplah berjumpa dan sering berbincang pasal bisnes, saya yakin dialah orangnya.
Dia melengkapi saya dan banyak banyak mengubah saya ke arah kebaikan. Usianya kini 19 tahun.
Pada malam ABPBH34, Haqiem telah memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi.
Sumber: Instagram @haqiemrusli98_