Pelakon Nellisa Nizam memberitahu dia memerlukan sedikit ruang dan waktu untuk menyelesaikan isu yang membabitkan hubungannya dengan ibu kandung, Ayu Manaf, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mama Nak Korang Hargai, Sayang, Tengok & Jaga Mama…Mana Janji Korang?’ – Ibu Nelissa Nizam
Saya tak akan ulas
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Nelissa berkata, dia sudah menghubungi ibunya berhubung isu tersebut. Namun begitu, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana masih belum bertentang mata dengan ibunya.
Tak mengapa orang nak cakap apa sahaja. Kalau hendak cakap biar kepada saya, bukan mengenai ibu saya. Sekarang ini saya perlu jumpa ibu terlebih dahulu dan barulah boleh beri sebarang kenyataan. Isu ini saya tak mahu komen lanjut.
Alhamdulillah, saya sudah menghubunginya dan tunggu ibu bersedia untuk bertemu, mungkin dia pun ada kesibukan sendiri selain sibuk menguruskan bisnes sambal. Apa sahaja yang dia kongsi, saya tak akan ulas. Saya mohon maaf.
Tambah Nellisa, dia memilih untuk berbincang dan menyelesaikan isu keluarga ini secara privasi.
Apa saja yang mak saya katakan, saya tak akan mengulas lanjut sebab dia adalah ibu saya. Saya percaya semua orang ada keluarga dan ada masalah keluarga masing-masing. Cuma saya berharap dapat berbincang dengan keluarga saya secara privasi, sama seperti semua.
Alhamdulillah setakat ini keadaan saya okay sahaja dan perjalanan hidup saya, hanya keluarga sahaja yang lebih mengetahui. Orang lain hendak komen apa, itu diluar kawalan. Saya hanya kawal dengan apa yang boleh sahaja.
Nellisa yang ditemui selepas tayangan perdana filem Sahak Gangster, semalam, turut mengakui dia agak sibuk ketika isu tersebut berlaku. Jelas Nelissa, pada waktu itu dia sedang berada di Karnival Jom Heboh (KJH) di Kota Kinabalu, Sabah atas urusan kerja.
Saya berada di KJH Kota Kinabalu dan sedang bekerja ketika cerita ini sedang hangat diperkatakan. Memang saya perlu profesional ketika itu dan pastikan orang sekeliling okay dan tidak terkesan. Saya berharap dapat jumpa dengan keluarga dan semuanya dapat diselesaikan secara tertutup.
Terdahulu, ibu Nellisa menyangkal dakwaan anaknya pernah menjadi mangsa dera sejak kecil. Bukan itu sahaja, Ayu turut mendakwa hubungan mereka sudah renggang sejak berkahwin baharu.