Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah meluahkan rasa gembira kerana dapat berjumpa dengan anak keduanya iaitu Zaki Yamani.
Artikel berkaitan: ‘Whatsapp Tak Balas, Call Pun Tak Jawab’ – Zaki Yamani ‘Buka Mulut’ Ibu Bukan Penghalang Jumpa Ayah
Bimbang dia memberontak
Menerusi laporan Harian Metro, Jamal memberitahu mungkin takdir mereka sudah ditetapkan sebegini namun, sebagai ayah dia sangat menyayangi anaknya itu. Jamal turut berharap anaknya itu dapat menjadi pelajar yang terbaik kerana sering mendapat nombor satu dalam peperiksaan.
Ialah masing-masing sibuk. Dia sibuk, saya pun sibuk. Dia baru 16 tahun dan masih sekolah lagi. Saya berkesempatan beli baju untuk dia sebelum ini. Saya simpan dah lama untuk dia. Kalau dia nak pakai untuk pertandingan seperti satu program realiti pun tak apa janji dia gembira. Harapan saya agar dia pun gembira dapat jumpa saya dan dia tahu saya sayangkan dia.
Pada masa yang sama, Jamal berharap anaknya itu faham mengenai kasih sayang seorang ayah meskipun apa jua keadaan. Tambah Jamal, dia sentiasa berada di belakang anaknya. Jelas Jamal lagi, dia tidak mahu Zaki menjadi mangsa apa-apa pergolakan.
Percayalah, jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Tuhan. Harapan saya dia dapat terima takdir bahawa kehidupan kami begini. Bukan saya nak mengelak untuk bertanggungjawab ke atasnya membela dia.
Tolong call Zaki
Terdahulu, Zaki memberitahu ibunya bukan punca hubungan di antara dia dan ayah tidak baik. Tambah Zaki, dia memohon kepada semua pihak termasuk ayahnya untuk tidak bercakap sebarang perkara buruk mengenai ibunya lagi. Ujar Zaki, ibu merupakan insan yang selalu berada di sisinya di saat susah mahupun senang.
Sumber: Harian Metro