berita

Harap Mati Daripada Menyusahkan Hidup Orang Lain’ – Tak Sempat Berniaga, Gerai Kena ‘Sapu’ Pemandu Mabuk

January 20th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, banyak isu mengenai pemandu mabuk yang sering membuat onar di jalan raya dan di tempat awam sehingga telah mengundang risiko terhadap kehidupan orang sekeliling termasuklah mendatangkan kecederaan serta meragut nyawa mereka yang tidak berdosa.

Terbaru, seorang peniaga, Hazwan telah berkongsi detik cemas yang dilaluinya dan mengalami kerugian apabila gerai burger miliknya didakwa telah dirempuh oleh seorang pemandu mabuk.

Baru nak mula berniaga

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Hazwan di laman Facebook miliknya, kejadian itu dikatakan berlaku di Bercham Ipoh. Menurut individu ini, dia dikatakan baru sahaja ingin memulakan perniagaan menjual burger sebelum gerainya itu hancur dirempuh pemandu mabuk tersebut.

Menceritakan kisah itu, Hazwan memberitahu dia sangat bersyukur kerana dia dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun ketika itu mereka berada dekat dengan lokasi kejadian. Walaupun begitu menerusi satu gambar yang dimuatnaik, kanak-kanak itu dilihat sedang menangis seakan-akan takut dan kemungkinan dia masih terkejut melihat kejadian yang berlaku di depan matanya.

‘Gantung lesen baru ada akal’

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata daripada mereka berang dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu tersebut. Mereka juga turut berharap agar lesen pemandu tersebut dapat ditarik semula oleh pihak yang bertanggungjawab. Tidak kurang juga ada yang memberi pendapat kepada pemilik gerai burger ini supaya membuat aduan ke mahkamah untuk mendapatkan ganti rugi.

Sumber: Hazwan

SKIP THIS AD ×