Semalam, pelakon Fizz Fairuz telah menerima darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang. Majlis yang berlangsung di Istana Abu Bakar Pekan itu telah menyaksikan 197 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Sumber Berkaitan : Fizz Fairuz Kini Bergelar ‘Datuk’
Ramai netizen yang gembira dengan perkhabaran ini, namun ada juga yang pertikaikan gelaran yang diterima. Ini respon tenang dari Fizz Fairuz sendiri.
Saya akan jaga amanah ini
Saya sedar gelaran ini adalah tanggungjawab berat untuk dilaksanakan dan saya akan menjaga amanah ini sebaik-baiknya.
Menerusi Berita Harian, Fizz Fairuz menyifatkan anugerah itu sebagai penghargaan kepada dirinya yang banyak terbabit dalam pelbagai aktiviti pelancongan di Pahang. Dia turut mengatakan dia akan menjaga amanah itu dengan sebaiknya.
Saya banyak buat kerja promosi pelancangon
Saya anak jati Raub dan mungkin orang tidak tahu. Pada masa sama, saya banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya negeri ini.
Saya juga menjadi ikon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang dan diharapkan mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini.
Beliau ditemui pada istiadat penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar Pekan. Dia turut berharap agar netizen faham dia diberikan pengiktirafan itu.
Sumber : Berita Harian