Rasanya masih segar di ingatan tarikh 25 Ogos tahun lalu tatkala majlis pertunangan pelakon yang sedang meningkat naik, Dazrin dan Amyra Rosli berlangsung dengan meriahnya.
Artikel Berkaitan: Saya Dah Sedia Bergelar Isteri – Amyra Rosli
Namun, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Agak terkejut juga kami apabila membaca headline Berita Harian yang mengatakan bahawa pasangan itu tidak jadi berkahwin.
Pernikahan yang dijadualkan pada 8 Ogos ini (Jumaat) telah pun dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak mahu didedahkan. Perkara ini disahkan sendiri oleh ibu kepada Amyra, Norzaridah Ahmad.
Foto terakhir Amyra Rosli yang dimuat naik oleh Dazrin sekitar bulan Mei lalu
“Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama.
Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami.
Mengenai jodoh mereka berdua, kami serahkan kepada ketentuan takdir. Hanya itu yang dapat saya katakan ketika ini.”
Diharapkan agar pasangan ini dapat menemui jalan penyelesaian dan hanya menunda perkahwinan mereka, bukanlah terus membatalkannya. Yelah kan, sayang bila hubungan erat yang terjalin diputuskan begitu sahaja.
Kredit foto: Instagram Amyra Rosli & Dazrin