Korang ingat lagi tak kepada Hafiz Mahamad yang sering tampil memberi pelbagai kejutan ‘sweet’ dan romantis kepada tunangnya, Syafiqah Aina? Bermula dengan kejutan hari jadi menggunakan bunga rose dan limosin, nama Hafiz Mahamad dan tunang sering menjadi bualan hangat netizen. Kata orang pasangan paling sweetlah!
Kira-kira sebulan yang lepas mereka akhirnya disatukan dalam satu majlis yang sangat meriah. Terbaru, status Hafiz Mahamad di instagram telah mengundang kecaman netizen. Netizen mendakwa Hafiz seolah-olah menghina isteri yang dulunya gemuk dan berjerawat.
Time gemuk, jerawat, laki laki ni tak nak ngorat
Tengah tengah shopping barang dapur. Bini aku jalan depan, aku jalan belakang tolak trolley. Eh tiba tiba ada 1 mamat ni dia boleh senyum senyum gatal dekat bini aku nak ngorat
Bila dia toleh je dekat aku mmg aku sound “bini orang pun nak try eh” sambil tunjuk jari yang masih merah lagi berinai
Ape ingat aku senang nak ngurat bini aku ni dulu? Time gemuk, jerawat, laki laki ni taknak ngorat. Ni aku dah 5 tahun stay barulah dapat dia cun cun mcmni
Haa pe lagi, senyum senyum kt bini aku mmg aku bg setepek. Gi stay dekat gf jaga sampai lawo, ni tak kene taste sikit nak try perempuan lain, lepastu perempuan tu jadi lawo terus nyesal. #akunakNurAisyah
Dikecam netizen
Respon Hafiz Mahamad
Balik pada caption yang lepas, saya tak faham ada orang cakap saya kutuk bini dulu buruk & sebagainya
Ini muka wife saya 5 tahun lepas, yg ada saat dia mcmni saya. Yang boleh melayan dia stress sebab macamni saya. Yang bagi tips diet dekat dia pun saya. Saya tak pernah paksa dia untuk change & semuanya dari usaha dia
Kalau saya nak cakap bini buruk or kutuk dia, dari dulu saya buat. Sebaliknya saya accept and support sampai sekarang. Setahu saya yang kutuk and tak boleh terima dia macamtu orang lain & orang sekeliling
Kenapa perlu nak share gambar video or caption sweet2? Tak tahulah, sebab bila saya post video, gambar or caption. Wife saya tengok dia senyum & ketawa. So selagi benda yg boleh buat dia ketawa happy, sampai mati pun saya buat.
sumber : instagram Hafiz Mahamad