Macam yang korang tahu, Malaysia sedang menghadapi detik sukar di mana masyarakat terutamanya Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) tidak dapat meneruskan perniagaan mereka seperti biasa akibat pandemik covid19 yang sedang melanda negara ketika ini.
Tapi, itu tidak menjadi satu halangan buat mereka kerana ramai antara kita yang muncul untuk menyokong perniagaan tempatan dan sangat bermurah hati mengumpulkan dana bagi mereka yang memerlukan demi membantu ekonomi.
Ini adalah antara teras kepada prinsip Kemakmuran Bersama yang menekankan pembangunan bersama tanpa meninggalkan sesiapa di belakang.
Kalau korang perasan konsep Kemakmuran Bersama ini makin popular sekarang ni dan sebab utama bagi perkara ini adalah kerana ia dijayakan Malaysia sebagai tuan rumah persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini.
Apa kata kita tengok apa pendapat rakyat Malaysia tentang potensi Kemakmuran Bersama bagi mereka.
1. Merapatkan jurang perniagaan antara syarikat besar dan kecil
Sebenarnya, banyak pendapat dan cadangan yang dinyatakan tapi ada sesetengah perkara penting untuk masyarakat usahakan dalam menghadapi cabaran pada waktu ini.
“Apa yang perlu dibuat adalah dengan menawarkan beberapa program yang boleh memantapkan perniagaan usahawan kecil agar dapat berdaya saing dengan usahawan besar dalam mempertingkatkan ekonomi negara” -Alias, 26.
2. Hubungan harmoni kunci untuk tempuhi cabaran
Kemajuan bagi masyarakat meliputi aspek ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Dalam menentukan kejayaan tersebut, kolaborasi dan integrasi antara komuniti memainkan peranan yang amat penting.
” Hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Secara umumnya, kita semua perlulah saling membantu demi kemakmuran bersama” -Roslina, 35.
3. Lebih banyak dasar atau langkah praktikal
“Apa yang saya harapkan semoga akan ada lebih banyak dasar atau langkah praktikal untuk membantu PKS supaya terus maju dalam segala aspek dan secara bersama. Tak kisahlah dengan sesiapa, tapi perlu bersepakat.” -Syaza, 29
Itulah yang diperkatakan agar rakyat Malaysia sama-sama memulihkan ekonomi mereka dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang didorang semangat kerjasama antara satu sama lain.
Terutama bagi mereka yang berada dalam kategori tidak berkemampuan, ini akan mampu memacu kelangsungan hidup mereka dan pada masa yang sama membina keharmonian komuniti yang berpanjangan.
4. Memperkuatkan ekonomi dari pelbagai sektor
Macam yang korang tahu, negara kita ada banyak sektor yang dah pun dimajukan. Bagi Rodzi sebagai rakyat Malaysia, beliau memberi cadangan agar kekuatan ekonomi Malaysia dipelbagaikan untuk menjadi pusat ekonomi yang utama di rantau ini.
“Selain dari sektor yang sedia ada contohnya eksport minyak dan gas, kita juga perlu berusaha untuk mengembangkan sektor lain. Ramai anak muda yang mampu melakukan sesuatu bergantung atas bakat dan kebolehan yang ada pada diri mereka. Jadi dengan itu, mungkin dari satu sektor, kita boleh kembangkan lagi sektor lain dengan bantuan mereka.” – Rodzi 42.
“Kemakmuran Bersama” usaha yang diperjuangkan oleh APEC 2020
APEC 2020 adalah forum ekonomi serantau yang melibatkan 21 ekonomi bertujuan untuk mewujudkan kemakmuran yang lebih besar bagi negara ini.
Bersama kesemua anggota ekonomi, Malaysia sebagai tuan rumah APEC 2020 sedang berusaha untuk mencapai visi ini. Dari membantu PKS untuk terus berdaya tahan dan menavigasi perdagangan antarabangsa, hingga mendorong digitalisasi dan kesinambungan rantaian bekalan produk dan perkhidmatan.
APEC 2020 berkomitmen untuk membantu rantau ini menghadapi masa yang sukar akibat kesan ekonomi dari wabak pandemik Covid-19. Selain itu, usaha ini juga memerlukan sokongan semua orang dengan mempraktikkan elemen-elemen di dalam “Kemakmuran Bersama”.
Ketahui lebih lanjut mengenai APEC 2020 dan inisiatif yang dibincangkan bagi meningkatkan ekonomi kita dengan melayari laman web APEC 2020 sekarang!