berita

‘Harga Makanan Berpatutan’ – Viral Harga Dua Pinggan Nasi RM100, Ini Respon KPDNKK

October 31st, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini viral di twitter apabila seorang wanita memuatnaik status terkejut melihat harga makanan yang dicas sebuah kedai makan di Rompin Pahang. Menurut pengadu, suaminya yang bertugas di luar kawasan itu baru pertama kali ke Pahang dan singgah makan di sebuah kedai tepi jalan.

Kosmo Online hari ini melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan harga yang dikenakan itu berpatutan.

Viral di media sosial

Kedai tidak buat kesalahan – KPDNKK

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang, harga yang dikenakan kedai tersebut untuk dua pinggan nasi campur adalah berpatutan. Malah, harga udang galah mengikut gred jelas dipamerkan di hadapan kedai.

Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.

Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan.

Pengarahnya Sharuddin Jali berkata lagi, tiada sebarang kesalahan dilakukan kedai tersebut. Hasil siasatan juga mendapati tiada tindakan boleh diambil.

sumber : Kosmo! Online

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×