berita

Harga Saya Masih Sama – Izreen Azminda

December 3rd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Juara ASK 2013-6

Anda kenal Izreen Azminda? Kami pasti anda sudah tidak asing lagi dengan nama pelakon ini kerana dia mampu meninggalkan kesan yang mendalam apabila menggalas setiap watak yang diberi lebih-lebih lagi watak antagonis.

Walaupun namanya pernah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini, namun kemenangan Izreen di Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) baru-baru ini membuktikan bahawa dirinya mempunyai kualiti dan bakat yang tersendiri sebagai seorang pelakon.

Jumaat lepas (29 November), Izreen Azminda telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi drama Perempuan Itu Ibuku di ASK 2013.

Juara ASK 2013-125

Izreen tidak menjadikan trofi sebagai tiket untuk menaikkan harga lakonannya

Izreen Azminda memberitahu bahawa dia amat terkejut apabila namanya dipanggil untuk menerima anugerah tersebut dan menyifatkan kemenangannya ini sebagai rezeki untuk anak.

Saya tak sangka saya menang. Mungkin rezeki anak kerana semasa pengambaran drama ini, saya hamil 5 minggu.

Biarpun menerima pengiktirafan, Izreen tidak menjadikan trofi ini sebagai sandaran untuk menaikkan harga bayarannya.

Mungkin sesetengah pelakon akan menaikkan harga bayaran lakonan, tapi saya tetap kekal dengan harga yang sama setanding dengan komitment yang diberikan.

Untuk pengetahuan, bekas peserta Dewi Remaja 2006 ini memulakan kerjaya sebagai pelakon tambahan menerusi drama pertama Sesuci Cinta Sofea, lakonan Rosyam Nor dan Rozita Che Wan.

Selain itu, Izreen juga bakal muncul dalam drama berantai berjudul 7 Suami Nik Yah terbitan Suhan Movie tidak lama lagi.