berita

Menteri Beri Jaminan Harga Telur Ayam Akan Stabil Semula, Turun 2 Sen

December 17th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila harga telur ayam mengalami kenaikan yang ketara. Terbaru, kerajaan memberi jaminan harga telur ayam kembali stabil bermula hari ini. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, harga telur ayam daripada setiap gred akan kembali diturunkan sebanyak dua sen.

Harga kembali turun

Menerusi laporan Berita Harian, beliau berkata hal tersebut berlaku selepas dipersetujui bersama Persekutuan Persatuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM) pada Jumaat lalu.

Pengeluar telur ayam bersetuju untuk mengurangkan harga telur di peringkat ladang sebanyak dua sen bagi menstabilkan harga telur di pasaran.

Ini juga bagi memastikan bekalan telur ayam di pasaran mencukupi menjelang musim perayaan ini.

Kenaikan harga berpunca darikematian ayam

Tambah beliau, kematian ayam di beberapa ladang yang disyaki dijangkiti virus avian influenze H5 dan H7 (selsema burung) merupakan punca kenaikan harga telur berlaku.

Ladang ayam yang berdepan masalah kematian ayam yang tinggi sebelum ini tidak dibenarkan menjual telur sehingga siasatan dan keputusan makmal mengesahkan tiada jangkitan penyakit.

Keadaan ini menyebabkan berlaku pengurangan bekalan telur tiga peratus, namun siasatan menunjukkan ladang ayam berkenaan bebas daripada jangkitan selsema burung seperti yang dilaporkan.

Kematian ayam yang dilaporkan hanyalah berpunca daripada penyakit ayam yang sering menyerang haiwan berkenaan

Juga berpunca dari tukaran mata wang

Tambahnya lagi, selain dari kematian ayam, ianya juga berpunca kepada kenaikan kadar tukaran wang asing pada November lalu.

Ini memberi kesan kepada kenaikan bahan makanan ternakan yang diimport seterusnya meningkatkan kos pengeluaran telur dan harga naik sebanyak lima peratus.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×