Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar hal-hal berkaitan akademik, tetapi juga membantu pelajar mencungkil serta mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati. Seorang guru yang dikenali sebagai Muhamad Fazri Hassan, sanggup memakai baju hasil seni anak muridnya sewaktu berada di sekolah.
Menerusi Twitter Fazri Hassan, kemeja yang dipenuhi lukisan itu merupakan salah satu hasil projek Pendidikan Seni, 10 orang anak muridnya. Menurutnya, hasil tersebut sangat bermakna kerana murid-muridnya itu berasal dari Program Pendidikan Khas. Wow kreatifnya!
Menghargai usaha lagi penting
Menurut Fazri, demi menghargai hasil seni anak muridnya, dia sanggup berpusing satu sekolah untuk menunjukkan hasil seni tersebut kepada warga sekolah.
Bersama rakan sekerja dan staf kantin
Antara foto yang diambil sewaktu berpusing di sekitar sekolah, dengan mak cik kantin pun ada!
Inilah pereka design baju
Tiga hari nak siapkan design
Kesemua pelajarnya mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan design baju mereka.
Inspirasi Maisarah
Inspirasi Maisarah datang daripada rakan sekelas sendiri pic.twitter.com/9v5PTY3T4t
— Fazri Hassan (@FazriHassan) April 29, 2019
Antara inspirasi rekaan anak muridnya ialah rakan kelas sendiri.
Sumber: Fazri Hassan