Komited menjalankan tugas terhadap pembangunan Felda, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif demi kemajuan berterusan warga peneroka.
Menghargai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dibawah pimpianan Perdana Menteri, Majlis Belia Felda Giat melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu golonggan belia mendapatkan pekerjaan dan rumah bagi memastikan generasi muda mendapat hak-hak mereka.
Kerajaan tawar skim jaminan kredit perumahan dengan dana RM2 bilion
Menurut Presiden Majlis Belia Felda, Muhammad Fadzli Hassan, “Sejak Tan Seri Iris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Felda, beliau telah memberi tempat kepada generasi kedua Felda dalam pengurusan peringkat wilayah dan kebangsaan.
Tambah beliau lagi, kerajaan juga prihatin apabila menyelesaikan dua perkara utama yang dihadapi golongan muda Felda iaitu isu perumahan dan peluang pekerjaan.
“Kerajaan telah menawarkan skim jaminan kredit perumahan dengan dana RM2 bilion untuk membantu generasi kedua mempunyai kediaman. Skim ini sangat istimewa apabila anak-anak Felda yang tiada slip gaji tetapi boleh membuat pinjaman dan ianyan dijamin kerajaan.”
“Projek perumahan generasi baharu Felda in penting dan telah pun berjalan misalnya di Johor dengan kerjasama persatuan belia Felda” ujarnya.
Majlis Belia Felda yakin dengan kepimpinan sedia ada
Justeru, Muhammad Fadzli yakin pada kerajaan sedia ada kerana secara konsisten telah melaksanakan perancangan yang seiring dengan kehendak warga Felda.
“Sebab itu kejayaan Felda (kawasan tanah rancangan negeri-negeri) dengan pusat perlu seiring kerana Felda merupakan agensi di bawah kerajaan persekutuan.
Ini antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan:
- Program Pembangunan Peneroka (PPP), 56,699 peneroka mula menikmati tambahan pendapatan dengan purata RM250 hingga RM500 sebulan.
- Meluluskan sebanyak 8,542 projek penternakan dan pertanian dengan dana berjumlah RM212 juta.
- Peruntukan RM6.1 juta untuk dana pengurusan bagi mengambil alih pengurusan pusat mengumpul getah (PMG) daripada FGV Rubber Industries Sdn. Bhd.
- Dana pusingan sebanyak RM10 juta disediakan bagi meningkatkan kapasiti perniagaan.
- Sebanyak RM7.6 juta sewaan bulanan yang dibayar oleh 2,025 penghuni Perumahan GenerasiBaharu Felda (PGBF).
- Dana RM20 juta menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan sebagai cagaran bagi pembiayaan bagi pembinaan rumah lot.
- Peruntukan khas RM66,000 bagi kesemua 317 rancangan dengan jumlah keseluruhan RM21 juta.
- Hadiah tempAt pertama Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF) turut dinaikkandaripada RM500,000 kepada RM1 juta.