Di Tiktok, viral sebuah video mengenai perkongsian Ustaz Mohammad Yaakob berhubung satu kejadian di rumah orang tua pada tahun 2011.
Tunggu anak tak datang
Menurut Ustaz Mohammad Yaakob, dia terpandang sebuah katil kosong tapi masih mempunyai tanda nama Azizah di katil tersebut. Bila ditanya di manakah wanita tersebut, doktor memberitahu wanita berkenaan baru sahaja meninggal dunia.
Nak dijadikan cerita, sehari sebelum itu Mak Cik Azizah sepatutnya dijemput oleh empat orang anaknya yang masing-masing sudah mempunyai kerjaya yang hebat. Anak-anak tersebut dipercayai sudah berjanji untuk mengajak ibu mereka berbuka puasa bersama-sama sambil menyambut ulang tahun kelahirannya.
Anak-anaknya janji nak datang ambil, tapi tak datang. Janji nak buka puasa sekali hari lahir dia tapi tak datang. Setahun tinggal tak berhubung. Anak ni semua berjaya.
Mak cik punya teruja sampai tanya bila. Doktor kata bulan depan. Dia pangkah kalendar setiap hari. Sampai hari lahir dia, anak nak ambil buka puasa tapi dia dah siap awal pagi. 5 pagi dah siap dan tunggu dekat luar rumah. Doktor suruh masuk dalam dulu, dia kata tak nak susahkan anak.
Disebabkan sudah lama tidak berjumpa dengan anak-anak, warga emas itu gigih bersiap seawal 5 pagi sambil beri alasan tidak mahu menyusahkan anak-anaknya nanti.
Dipendekkan cerita, anak-anak Mak Cik Azizah tidak datang menjemputnya pada hari tersebut. Sehinggalah waktu berbuka, warga emas itu dikhabarkan tidak selera untuk makan dan terus tidur. Ujar Ustaz Mohammad Yaakob, keesokan paginya doktor mengesahkan bahawa Mak Cik Azizah sudah meninggal dunia.
Anak-anak langsung tak datang. Terus tidur dan esoknya sudah tiada kerana hidap high depression.
Menerusi perkongsian tersebut, Ustaz Mohammad Yaakob berharap semua anak Allahyarhamah sentiasa mencari jalan taubat dan meminta keampunan Allah berikutan dosa yang dilakukan. Bukan itu sahaja, menerusi kisah ini, semua anak-anak diharap mengambil iktibar dan menjaga perasaan kedua-dua orang tua tatkala mereka masih hidup.
Video
@sue_izrai 9 Ramadhan 1444 Semoga kita semua mendapat ibrah dari kisah ni.. Usaha lah untuk menziarahi kedua orang tua selagi maaih ada. Mereka lah kunci pintu syurga kita.. #madrasahramadhan #Ramadhan1444h #kakngahkongsi #niatkeranaAllah #ustazyaakubyusra #tanyalahistatv3
Sumber: Sue Izrai