Di Itali, sepasang suami isteri yang telah berkahwin selama 60 tahun akhirnya menemui ajal akibat dijangkiti wabak Covid-19. Apa yang lebih menyedihkan apabila pasangan ini meninggal dunia selang dua jam antara satu lain.
Tidak menerima bantuan perubatan
Menerusi laporan Daily Mail, Severa Belotti dan Luigi Carrara dilaporkan telah menghabiskan hari-hari terakhir mereka di kediaman yang terletak di kampung Albino. Menurut anak lelaki pasangan ini yang dikenali dengan nama Luca Carrara memberitahu kedua ibu bapanya itu dikuarantin di rumah selama 8 hari kerana mengalami demam yang mencecah sehingga 39 darjah celcius.
Pasangan ini juga dikatakan dijangkiti dengan wabak Covid-19. Lebih menyedihkan apabila, pasangan ini didakwa langsung tidak menerima apa-apa bantuan perubatan walaupun keadaan kesihatan mereka agak membimbangkan.
Ibu bapa saya terperangkap di dalam rumah untuk satu tempoh panjang kerana tiada doktor berada berhampiran. Saya cuba menghubungi perkhidmatan kecemasan 112 namun tiada bantuan diterima.
Tak dapat beri penghormatan terakhir
Sekadar gambar hiasan
Menceritakan kisah itu, Luca Carrara yang bekerja di sebuah syarikat utiliti air di Bergam menjelaskan bahawa bapanya telah dibawa ke hospital Bargamo sementara ibunya pula dimasukkan ke hospital yang sama pada keesokan harinya. Kedua ibu bapanya yang berumur 82 dan 86 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia pada hari Selasa yang lalu sekitar jam 9.15 dan 11 pagi.
Tambah Luca Carrara lagi, dia amat sedih dan terkilan kerana tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada kedua ibu bapanya itu disebabkan virus tersebut.
Orang yang kamu sayangi bersendirian dan kamu tidak dapat mengucapkan selamat tinggal, peluk mereka atau cuba memberi keselesaan.
Difahamkan Luca Carrara kini sedang menjalani kuarantin bersama isteri dan dua orang anaknya.
Sumber: Daily Mail, Mirror Uk