berita

Hari ini 21 Oktober 2015. Adakah Filem “Back To Future” Jadi Realiti? Jom Kita ‘Recap’ Balik

October 21st, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

phphtc6qh

Siapa pernah tengok cerita Back To Future? Kalau yang belum pernah tonton korang mungkin familiar dengan beberapa adegan filem tersebut yang kini sedang viral di laman sosial sekarang.

Filem ini diterbitkan sekitar tahun 1985 dan 1989 dimana seorang lelaki yang bernama Marty McFly bersama rakannya Dr. Emmett “Doc” Brown mengembara ke dunia masa hadapan iaitu pada 2015 bagi mengelakkan anak kepada McFly dipenjarakan kelak.

Memandangkan ini tahun 2015, netizen telah membandingkan beberapa babak filem tersebut dengan realiti sekarang.

21 Oktober 2015

phphtc6qh

Hari ini! Adakah ramalan mereka benar-benar belaka? Jom kita tengok.

Hoverboard!

Screen Shot 2015-10-21 at 16.00.37

Buat masa ni kita cuma ada Wheel Board je. Hoverboard belum ada lagi mungkin 2025 kot! Dah nak sampai dah tu. Kalau ada Hoverboard ni pun dalam game Subway Surfer je. Kira oklah!

SKU188052_1_004_1024x1024

Kereta Terbang!

Screen Shot 2015-10-21 at 16.01.36

Yang ni memang tak pernah nampak, jadi ramalan kereta terbang pada 21 Oktober 2015 tidak benar!

Holographic Cinema

Screen Shot 2015-10-21 at 16.02.22

Betul! Memang wujud, dekat Universal Studio ada buat benda ni. Bagi sesiapa yang pernah pergi sana, tahu lah kewujudan Holographic Cinema ni. Cuma tak ada di merata tempat.

Video Call

Screen Shot 2015-10-21 at 16.03.21

Skype, FaceTime, Wechat, banyak lagi, semua tu memang dah ada sekarang. Bahkan ia dah wujud sebelum 2015 lagi.

Food Hydrator

Screen Shot 2015-10-21 at 16.04.12

Kalau yang ni memang tipu, so far kita cuma ada microwave je. Tak lebih daripada tu, mungkin 2025 baru ada? Kita tunggu.

81oGfc6rCVL._SL1500_

Kesimpulannya, ada yang beberapa adegan dalam filem ini menjadi realiti cuma dalam versi lain saja, tapi ada juga yang belum atau mustahil untuk terjadi dalam masa terdekat ni. Disini kami kongsikan beberapa video adegan daripada filem tersebut. Korang nilaikan lah sendiri. Enjoy!

Back To The Future's Predictions Came True

Back to the Future predicted a lot of sh*t that actually came true.. via UNILAD Tech

Posted by UNILAD on 20hb Oktober 2015

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×