berita

‘Hari Ini Hari Jumaat Ke? Bila Hari Jumaat?’ – Gadis Sebak Datuk Meninggal Akibat Covid-19

February 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Mia

Tidak dinafikan kehilangan insan yang kita sayang merupakan momen yang sukar untuk diterima. Ditambah pula, mereka terdiri daripada ahli keluarga kita sendiri.

Seperti thread dikongsi seorang gadis dikenali sebagai Mia, menceritakan kisah kehilangan datuknya yang meninggal dunia akibat Covid-19. Apa yang lebih menyedihkan apabila, datuknya meninggal dunia dua tahun selepas neneknya meninggal dunia akibat sakit tua.

Kematian yang dicemburui

Jelas gadis ini, datuknya meninggal pada hari yang barakah iaitu hari Jumaat. Bahkan, dia sempat memuat naik satu video memaparkan datuknya ‘menahan’ kesakitan ketika membuat ujian calit dan momen-momen terakhir sebelum datuknya dijemput Ilahi.

Malahan, dalam video tersebut juga segala kenangan-kenangan bersama arwah datuknya turut diselit sebagai kenangan yang terakhir.

Selalu beri pesanan

Gadis ini turut menceritakan, datuknya telah ditahan selama seminggu di hospital dan akhirnya meninggal dunia. Tidak berakhir di situ, datuknya sering kali bertanyakan kepada anak-anak dan cucunya bila tibanya hari Jumaat kerana dia (arwah) mempunyai penyakit lupa.

Tambahan pula, jelas gadis ini lagi datuknya teruja bila masuknya waktu solat dan akan menunaikan solat dengan kadar yang segera.

Insan terpilih

Jelas Ustaz yang menguruskan jenazah arwah, dia (arwah) merupakan insan yang terpilih kerana dijemput pada hari yang istimewa. Tidak berakhir di situ, arwah datuknya sempat memberikan hint-hint yang terakhir dengan menyatakan sering dikunjungi oleh arwah isterinya bagi mengurut tubuh badannya.

Pada masa yang sama, gadis ini turut meminta supaya netizen mendoakan arwah datuknya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Mia

SKIP THIS AD ×