berita

‘Hari Ini Hari Yang Paling Sedih’ – Bapa Ashraf Muslim Meninggal Dunia

September 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Ashraf Muslim berkongsi berita duka apabila bapa tercinta, Hj Muslim Bulat telah meninggal dunia pada pukul 6.37 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: Jantung Lemah & Organ Dalaman Rosak, Bapa Ashraf Muslim Kritikal Selepas Dijangkiti Covid-19 – ‘Dia Sedang Melalui Proses Yang Sukar’

Hari paling sedih

Berita pemergian Allahyarham dikongsi Ashraf menerusi catatan di akaun Instagram miliknya hari ini.

Assalamualaikum semua, hari ini hari yang paling sedih. Ayah dah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang. Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami.

Maafkan kesilapan ayah saya

Sebagai anak sulung dalam keluarga, pemilik nama Muhd Ashraf Muslim, 40, memohon agar individu yang mengenali Allahyarham untuk memaafkan kesilapan arwah sepanjang hayatnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Dia Menantu Rahsia berharap agar rata-ratanya mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Saya sebagai anak yang sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup. Kalau ada hutang-hutang atau pekara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya .

Insya-Allah, sama-sama kita doakan semoga Ayah ditempatkan di tempat yang ‘special’ di alam barunya bersama mereka yang beriman. InsyaAllah.

Terdahulu, Ashraf memaklumkan arwah telah disahkan positif Covid-19 dan berada dalam keadaan kritikal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

 

Sumber: Instagram @ashrafmuslim

SKIP THIS AD ×