berita

Hari Jumaat Diisytiharkan Sebagai Hari Penggunaan Tulisan Jawi – Mujahid Yusof

September 5th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini viral di media sosial apabila Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyelar sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan perkataan ‘bodoh sombong’ selepas berhasrat menyekat anak mereka ke sekolah jika pelaksanaan tulisan jawi di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dilaksanakan.

Terbaru, menerusi laporan Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, mengisytiharkan hari Jumaat merupakan hari penggunaan tulisan jawi. Menurutnya, pengisytiharan itu merupakan usaha untuk memperkasakan kembali tulisan tersebut.

Mengembalikan sejarah warisan negara

Menurut Mujahid, hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari penggunaan tulisan jawi merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memperkasakan tulisan itu. Di samping itu, beliau turut menjelaskan bahawa tulisan jawi merupakan sejarah warisan negara kerana Malaysia dan Bahasa Melayu secara khususnya menggunakan tulisan itu sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahu pun masyarakat.

Insya-Allah dengan semangat ini, kita mengekalkan tradisi dan budaya bangsa kita yang sepatutnya saya ulangi, disokong oleh semua kaum kerana jawi bukan hak Melayu tetapi warisan kita Malaysia. Diharap usaha ini dapat menyemarakkan lagi, mengekalkan tradisi dan memberi inspirasi kepada kementerian lain untuk turut sama menyemarakkan tulisan jawi dalam mengekalkan budaya tradisi sejarah bangsa kita yang kita hormati dan kagumi.

Tidak pernah anggap proses Islamisasi

Tambahnya, dia tidak pernah menganggap pengisytiharan ini merupakan satu proses Islamisasi yang didakwa oleh segelintir pihak.

Saya tidak pernah menganggap tulisan jawi sebagai satu proses Islamisasi sebagaimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu walaupun ia hampir dengan pentadbiran Islam dari segi apabila tulisan jawi hampir pupus di peringkat penggunaan rasmi, hanya pentadbiran-pentadbiran Islam yang mengekalkan ia bagi tujuan untuk kita terus memastikan sejarah budaya tulisan jawi dikekalkan.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen memuji dan memberi pandangan masing-masing mengenai pengisytiharan penggunaan tulisan jawi pada setiap hari Jumaat.

Sumber: Bernama

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×