berita

Tahan Sakit Dari Pukul 2 Pagi, Wawa Zainal Selamat Bersalin Anak Keempat

November 30th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal selamat menimang cahaya mata keempat, awal pagi tadi.

Artikel Berkaitan: Penampilan Wawa Zainal Masa Birthday Attar Curi Perhatian, Peminat Dakwa Nampak Baby Bump

Artikel Berkaitan: Wawa Zainal ‘Mabuk’ Bila Buka Peti Sejuk, Automatik Muntah Terus

2 pagi tahan sakit

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Wawa, 30, berkongsi berita gembira tersebut. Menurut pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin, dia mula berasa sakit pada jam 2 pagi namun tidak sampai hati untuk kejutkan Aeril yang sedang tidur.

Katanya, dia bergerak ke hospital pada pukul 5 pagi dan diberitahu pintu rahimnya sudah terbuka sebanyak 9 cm.

Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2 pagi menahan sakit. Tak sampai hati nak kejut Aeril, tunggu la sampai 5 pagi.

Sampai hospital dah 9 cm (pintu rahim). Lain macam sakit dia walaupun anak keempat dah.

Dilimpahi ucapan tahniah

Menjengah ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis menitip ucapan tahniah dan doa.

Dalam pada itu, usahawan berjaya ini mendedahkan dia dan Aeril belum lagi memilih nama untuk bayi tersebut.

Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Sumber: Instagram @w4w4_zainal

SKIP THIS AD ×