Pelakon Zara Zya memberitahu dia menghidap dua sindrom iaitu Cervical Facet Syndrome dan Lumbar Facet Syndrome.
Artikel berkaitan: Hafreez Adam & Zara Zya Berjumpa Buat Pertama Kali Selepas 5 Tahun Putus Tunang – ‘Tak Rasa Kekok’
Artikel berkaitan: Zara Zya Sedih & Menyesal Lakukan Adegan Dipeluk Aktor Lelaki – ‘Sedar Khilaf Saya, Terlepas Pandang’
Perlu masuk wad
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Zara berkata, dia kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan. Disoal bagaimana boleh tergerak untuk ke hospital dan melakukan pemeriksaan, Zara memberitahu pada awalnya dia menjalani pemeriksaan artritis, namun dinasihatkan supaya ditahan dan dirawat di hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Awalnya, saya sekadar nak buat pemeriksaan untuk masalah artritis saya saja, tapi doktor sarankan untuk saya ditahan dan dirawat di hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Selepas dilakukan ujian MRI (pengimejan resonans magnet), barulah dapat tahu ada masalah lain di bahagian leher saya. Doktor kemudian mengesan penyakit itu sebagai Cervical Facet Syndrome dan Lumbar Facet Syndrome di bahagian belakang.
Dari situ juga turut dimaklumkan bahawa poliartritis yang saya hidapi boleh mengakibatkan dua sindrom itu berlaku.
Ujar pelakon ‘PIA’ ini lagi, keadaannya masih stabil walaupun ada sedikit rasa sakit di bahagian leher. Tambah Zara, dia masih belum tahu berapa lama dia perlu ditahan dan dirawat di hospital.
Setakat ini, saya dalam keadaan baik-baik saja. Cumanya, ada rasa sakit di bahagian tertentu yang berkaitan dengan sendi terutamanya di bahagian leher.
Setakat ini, doktor belum maklumkan sampai bila saya perlu dirawat di hospital memandangkan saya perlu melalui beberapa sesi fisioterapi.
Cumanya, semalam doktor berikan pelepasan untuk saya keluar sekejap memandangkan ada urusan kerja membabitkan pelanggan. Tapi, bukanlah kerja berat. Selepas selesai, saya kembali semula ke hospital.