berita

Harian Metro Bersama Hijrah Sumbang Duit Raya, Kotak Rezeki Serta Kelengkapan Raya Buat Asnaf

April 21st, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Sempena bulan Ramadan tahun ini, Harian Metro bersama-sama Hijrah meneruskan misi untuk menyemarakkan kebaikan dan menghulurkan bantuan yang diperlukan masyarakat dengan menyantuni golongan kurang bernasib baik di samping membantu menyediakan kelengkapan dan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Usaha murni ini dilaksanakan di bawah kempen ‘Hijrah, Bermula Dari Hati’ menerusi program kerjasama Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) bersama Hijrah.

Jom kami kongsikan!

Inisiatif Hijrah Bermula Dari Hati sumbang Kotak Rezeki & peruntukan kelengkapan Aidilfitri kepada keluarga asnaf dan kanak-kanak

Untuk pengetahuan anda, Hijrah ialah produk susu krimer manis pilihan rakyat Malaysia yang diiktiraf seratus peratus halal dan sebagai jenama yang prihatin, Hijrah mengambil inisiatif membawa lebih banyak kebaikan dan memberi sumbangan yang diperlukan oleh masyarakat sejajar dengan istilah ‘Hijrah’ itu sendiri.

Sebanyak 150 keluarga kurang berkemampuan dan 150 kanak-kanak asnaf diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Rinching Hilir, Kampung Rinching Hilir, Bangi, baru-baru ini.

Selain itu, terdapat lima kampung terbabit dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini iaitu Kampung Rinching Hilir, Kampung Sungai Kembong Hulu, Kampung Sungai Kembong Hilir, Kampung Batu 5 dan Kampung Batu 4.

Selain Kotak Rezeki, Hijrah Bermula Dari Hati juga memperuntukkan sebanyak RM150 bagi setiap kanak-kanak bagi membeli pelbagai kelengkapan Hari Raya mengikut cita rasa masing-masing di pasar raya di Bangi.

Penyampaian Kotak Rezeki & Duit raya

Bukan itu sahaja, sebanyak 150 keluarga yang kurang berkemampuan telah menerima duit raya dan Kotak Rezeki yang mengandungi pelbagai barangan keperluan harian termasuk susu krimer manis Hijrah, beras, gula, minyak masak dan tepung bernilai RM150 sekotak melalui Program Titipan Kasih Harian Metro bersama Hijrah.

Keluarga dan kanak-kanak ini kemudiannya diraikan dalam majlis berbuka puasa di pekarangan Masjid Rinching Hilir. Juadah berbuka puasa termasuk bubur lambuk disediakan secara bergotong-royong oleh ahli jawatankuasa masjid, penduduk kampung serta sukarelawan daripada Harian Metro dan Hijrah.

Menurut Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Program TKHM, Husain Jahit, Harian Metro berbesar hati dapat bekerjasama dengan Hijrah buat kali kedua berturut-turut bagi membantu lebih ramai masyarakat memerlukan.

“Sejajar objektif TKHM menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami adalah untuk membantu keluarga miskin, anak-anak yatim, serta golongan asnaf termasuk ibu tunggal miskin dengan memberikan bantuan berupa barangan keperluan asas serta sedikit wang tunai,” katanya di Program TKHM Bersama Hijrah di Masjid Rinching Hilir, di Bangi, baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut, wakil jenama Hijrah, Pengurus Kanan Perhubungan Kerajaan, Mohd Zurairi Mustafa dan Pengarang Berita HM yang juga Pengarah Projek TKHM, Noor Azam Abd Aziz.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika (Malaysia, Singapura dan Brunei), Santharuban Thurai Sundaram berkata, walaupun negara kian kembali normal, ramai yang masih bergelut akibat wabak Covid-19.

“Hijrah menyedari kepentingan usaha daripada semua pihak untuk mengharungi cabaran kehidupan dan oleh sebab itu mereka berharap kempen ini akan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa mereka tidak keseorangan dalam apa jua cabaran yang mereka tempuhi.

“Kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai kami dalam kempen ini sambil berusaha menjadi versi terbaik diri sendiri setiap hari,” katanya.

Manakala bagi wakil Hijrah, Siti Nordiana pula berkata, sebagai jenama yang memahami masalah komuniti setempat, Hijrah bekerjasama dengan Harian Metro sekali lagi tahun ini dan fokus utama mereka adalah untuk memberikan harapan baharu kepada keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Rinching Hilir pada Ramadan mulia.

“Oleh itu, kami berharap Kempen Hijrah Bermula Dari Hati ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengorak langkah mereka sendiri menyumbang kembali kepada komuniti mereka,” katanya.

SKIP THIS AD ×