berita

‘Harini Cukup Setahun Disahkan Hidap Kanser’ – Gadis Tabah, Kongsi Pengalaman Menjadi ‘Cancer Fighter’

January 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Farah Amirah, berkongsi pengalamannya menjadi cancer fighter sejak disahkan menghidap kanser sejak 17 Januari tahun yang lalu. Dia ketika itu, hanya mampu berserah dan reda dengan setiap ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Tergamam pada mulanya.

Pada mulanya, bila mengetahui tentang penyakit yang dihidapinya, gadis ini ‘tergamam’ dan seolah-olah tidak percaya dengan keputusan yang diberikan oleh doktor. Sehinggakan ibunya sanggup berkorban, bagi menanggung kesakitan anaknya.

Hanya mahu cepat sembuh

Sepanjang menjalani rawatan kemoterapi, ahli keluarganya memberikan sokongan yang sepenuh buatnya dan menginginkan dia kembali sembuh seperti sedia kala. Gadis ini juga turut menceritakan pengalamannya menjalani rawatan kemoterapi yang perlu dilakukan secara empat hari berturut-turut.

Kesan kemoterapi

Tidak berakhir di situ, dia turut berdepan dengan kesan-kesan setelah proses kemoterapi dilakukan. Antaranya ialah keguguran rambut, sehingga menyebabkan dia menjadi botak. Malahan, tona warna kulitnya juga berubah berbanding tona warna asal.

Pengalaman pembedahan

Selain itu, gadis ini sempat menceritakan pengalamannya sebelum menjalani pembedahan. Dia ketika itu tidak sempat untuk memberitahu ahli keluarganya yang lain berikutan waktu pembedahannya dipercepatkan.

Jelasnya lagi, pembedahan yang dilakukan adalah sangat sakit. Anggota mulut dan badannya ketika itu, tidak boleh bergerak seperti biasa dan perlu memakai lampin pakai buang.

Jangan putus asa

Di penghujung thread tersebut, gadis tersebut menceritakan dia masih perlu membuat pemeriksaan yang berkala mengikut temu janji yang telah diberikan. Jelasnya lagi, dia amat berterima kasih kepada keluarganya yang tidak putus-putus mendoakannya supaya kembali cepat sembuh seperti sedia kala.

Namun apa yang paling menakjubkan, gadis ini sangat positif dengan ujian yang diberikan kepadanya dan yakin dengan kuasa Allah S.W.T.

Sumber: Farah Amirah

SKIP THIS AD ×