Pelawak dan pelakon Harith Iskander, 58, sah bercerai talak satu dengan isteri Dr Jezamine Lim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada jam 12.05 tengah hari, Khamis.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Buat Hal!’ – Harith Iskander Tampil Beri Penjelasan Isu Perceraian, Lebih Selesa Berkawan
Artikel Berkaitan: Akberdin Sahkan Kes Perceraian Harith Iskander & Isteri Ditunda – ‘Kedua-Duanya Memberikan Kerjasama Yang Baik’
Sah cerai talak satu
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Dr Jezamine.
Sementara itu, peguam yang mewakili pasangan tersebut iaitu Datuk Akberdin Abd Kader memberitahu punca perceraian disebabkan tiada persefahaman.
Kami ada failkan dua permohonan, satu permohonan cerai dan satu lagi nafkah. Yang permohonan cerai sudah selesai tadi, Harith melafazkan cerai pada 12.05 tadi dengan talak satu. Permohonan perceraian bersama.
Manakala nafkah melibatkan anak-anak juga sudah selesai tadi. Tapi untuk permohonan Hadanah akan diadakan pada minggu hadapan.
Terdahulu, Dr Jazemine mengesahkan sudah memfailkan penceraian terhadap Harith pada bulan lalu.
Sementara itu, Harith berkata rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada kesilapannya sendiri.
Pun begitu, Harith enggan mendedahkan punca terperinci perpisahan mereka.
Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.