berita

Harith Iskander Tweet Rancangan Komedi Dipuji Penonton Luar Negara, Tetapi Beberapa Hari Lepas..

April 19th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Selain Johan, Zizan, Nabil, Harith Iskander juga merupakan salah seorang pelakon dan pelawak berbakat di Malaysia. Antara keistimewaan yang ada pada Harith adalah dia mampu membuat ‘Stand up comedy’, bukan itu sahaja malah Harith mampu membuat ramai orang ketawa. Ini terbukti pada beberapa tahun lepas Harith telah diiktiraf sebagai ‘The Funniest Person In The World’ di pertandingan Laugh Factory 2016, di Helsinki, Finland.

Saluran hiburan internet, Netflix juga menawarkan Harith untuk mengacara rancangan komedi tempatan pertama dari Asia Tenggara, “I Told You So” tetapi beberapa hari lepas..

Rancangan lawak dipuji orang serata dunia

Pada 30 Mac lalu, Harith Iskander berkongsi respon orang dari New York, Los Angeles dan Tokyo dimana mereka terhibur dengan rancangan komedi ‘I Told You So’ di Netflix. Tetapi beberapa hari lepas, sebuah portal digital terkenal dunia, The Wrap telah menyenaraikan rancangan tersebut sebagai paling buruk daripada keseluruhan 19 rancangan komedi yang disiarkan Netflix.

‘I Told You So’ merupakan rancangan ‘stand-up’ komedi yang menyentuh pelbagai topik antaranya seperti kisah kekeluargaan, pengalaman awkward pasangan sedang bercinta serta kebudayaan yang sering dialami masyarakat di Malaysia dan Singapura.

Selain Harith, pelawak dari Singapura, Fakkah Fuzz menduduki tempat ke 18 dan Kavin Jay pula di tempat ke-8 masing-masing menerusi rancangan ‘Almost Banned’ serta ‘Everybody Calm Down!’ yang disiar pada 26 Januari dan 2 Februari.

Sumber: The Wrap, FreeMalaysiaToday

 

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×