Pelakon Hariz Hamdan memohon maaf susulan tindakannya memuat naik foto memperlihatkan dia sedang bernikah sehingga menimbulkan salah faham orang ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hariz Hamdan Sanggup Cium Kaki Farah Ahmad Demi Jayakan Watak – ‘Bayangkan Lantai Berlumpur, Berpasir Dengan Habuk & Lalat’
Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Tolak Tepi Soal Cinta, Beri Fokus Penuh Pada Karier Seni – ‘Sekarang Baru 22, Mungkin Umur 30 Baru Cari Kekasih’
‘Belum nikah’
Bukan mahu mencari publisiti, Hariz atau nama lengkapnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, berkata, perkongsian tersebut merupakan sebahagian daripada babak drama lakonannya.
Berdasarkan perkongsian saya, ramai fikir saya sudah nikah tetapi sebenarnya saya belum bernikah.
Untuk pengetahuan semua, saya sedang menjalani penggambaran 30 episod dan turut melibatkan beberap pelakon lain.
Pernikahan itu merupakan salah satu babak yang menuntut saya untuk bernikah.
Maaf kepada semua yang keliru, Ramai kenalan, kawan media dan client yang hubungi saya dan bertanya.
Hariz menjelaskan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, pada Sabtu.
Dalam pada itu, bekas peserta Hero Remaja 2020 ini menegaskan dirinya masih bujang dan ketika ini hanya ingin memberi fokus pada kerjaya.
Foto itu dikongsikan bukan untuk menraih perhatian tetapi hanya sebahagian daripada mempromosikan drama.
Saya masih bujang dan masih bekerja keras pada usia sekarang. Doakan saya dapat jodoh, amin.
Sumber: Instagram