Pelakon meningkat naik, Hariz Hamdan akui belum terbuka hati untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana wanita ketika ini.
Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk Ketika Berat Badan Cecah 98kg Di Usia 14 Tahun – ‘Tengok Cermin Rasa Stress & Malu
Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Elak Kontroversi Panas, Selalu Fikir Perasaan Mak Ayah
Bercinta usia 30
Ketika ditemui OhBulan!, Hariz atau nama lengkapnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, berkata fokusnya sekarang adalah pada karier seni.
Jelasnya, dia akan mempertimbangkan untuk memiliki seseorang yang istimewa untuk bertakhta di dalam hati apabila berada pada penghujung umur 20-an.
Tiada (kekasih). Sekarang jadual saya padat dengan kerja, nak tambah beban dan masa untuk bercinta memang tidaklah.
Lagi pun saya masih muda, masa yang saya ada sekarang adalah untuk cari duit dan kembangkan lagi kerjaya seni saya.
Bagi saya belum masanya lagi, sekarang saya baru 22 tahun tapi mungkin umur saya 27 ke 30 tahun baru saya cari kekasih.
Hariz berkata demikian ketika ditemui pada program Celebrate Earth Day with Hariz Hamdan anjuran jenama sukan Asics di Arena Universiti Malaya, baru-baru ini.
Sementara itu, ditanya adakah takut untuk bercinta disebabkan banyak kisah rumah tangga yang berlaku pergolakkan, Hariz menjawab kontroversi terbabit sedikit sebanyak mempengaruhinya.
Nak cakap takut dengan isu hubungan, buka aib sana-sini, ada la juga rasa gentar itu tapi bagi saya jangan buat hal. Bila bercinta kena sayang sepenuh hati.
Sudah tentu kalau bercinta untuk main-main natijahnya akan berbalik pada diri sendiri sebab saya percaya kifarah itu wujud.
Jadi kena fikir dua tiga kali, sekarang zaman canang mencanang, kena pandai bawa diri.
Dalam masa sama, bekas peserta Hero Remaja 2020 itu berkata dia sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.
Sejak dari awal karier dalam bidang seni, saya dah letak pemikiran apa pun berlaku semuanya di tangan Tuhan.
Bukan nak cakap saya baik, walaupun saya rasa bukan insan sempurna tapi setiap hari saya cuba dekatkan diri dengan Tuhan untuk menjadi manusia yang lebih baik.