berita

Harris Alif Matang Semula Jadi, Bukan ‘Buat Buat’ – ‘Sudah Lalui Pelbagai Fasa Dalam Hidup’

February 20th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Hariss Alif

Pelakon dan penyanyi, Harris Alif sering menerima pujian kerana sikap matang yang ada pada dirinya meskipun umur baru sahaja berusia 24 tahun.

Artikel Berkaitan: Intan Ladyana Akui Hamil Anak Kedua Lebih Penat – ‘Saya Alami Alahan Teruk’

Artikel Berkaitan: ‘Usia Kandungan Rahsia’ – Harris Aliff Mengaku Intan Ladyana Berbadan Dua

‘Matang semula jadi’

Hariss Alif

Menurut Harris, seseorang individu itu akan menjadi matang selepas melalui pelbagai fasa naik turun dalam kehidupan.

Bukan saya sahaja, semua orang. Yang mematangkan kita, nak menentukan seseorang itu matang ke tak, mesti dia lalui macam-macam benda dalam hidup dia.

Sebab setiap benda, setiap ujian ke apa, benda yang kita lalui, itulah dia macam ujian yang mematangkan seseorang. Orang yang kita nampak matang itu maksudnya dia dah lalui macam-macam fasa dalam hidup dia.

Sebab itulah dia tak ada macam nak buat-buat matang, dia tak boleh. Benda itu tak boleh buat-buat. Memang secara semula jadi.

Harris berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Dalam pada itu, suami kepada aktres Intan Ladyana itu berkata, sifat matang hadir melalui pengalaman dan bukan dengan melakukan carian di internet.

Jadi kalau kita lalui macam-macam fasa dalam hidup kita ini, maksudnya daripada pengalaman apa, pengalaman itu la yang akan mematangkan kita.

Bukan dia boleh nak search (internet) okay cara macam mana nak jadi matang, tak ada. Macam mana nak berfikiran matang, nak berfikiran matang itu mungkin ada cara-cara dia la.

Itulah dia sebenarnya, apa yang kita lalui dalam hidup kita ini saja. Dia tak ada tips ke apa ke tak ada. Tak tahu la, tapi itu pendapat saya la kan.

Sekadar info, Harris mendirikan rumah tangga dengan Intan pada Februari 2021 ketika usianya 21 tahun.

Malah perkahwinan pasangan itu menjadi bualan ramai disebabkan jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja, 2.

Selain itu, Intan atau nama lengkapnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 41, kini sedang hamil cahaya mata kedua.

SKIP THIS AD ×