berita

Hasil Projek PKP, Lelaki Ini Ubahsuai Dekorasi Rumah Dengan Kos Bawah RM1k Sahaja!

May 6th, 2020 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Tidak dinafikan, hiasan dalaman yang menarik mampu membuatkan mood isi rumah tenang dan ceria. Warna dinding dan hiasan seperti frame memainkan peranan yang sangat penting. Seperti perkongsian Riduan Amizan ini, dia mengubahsuai dekorasi rumah arwah ibu dengan kos bawah RM1k sahaja.

Sebelum

Ni gambar sebelum, rumah arwah mak. Tempat kami adik beradik berkumpul ramai-ramai. Keluasan 14×15 feet saja, rumah taman lama-lama. Ramai komen kipas dan plug hilang. Abang saya tolong buat wirering. Kami rumah dekat tempat lain.

Kos bawah RM1k

Saja nak berkongsi before and after projek PKP. Total makeover bawah RM1k. Setiap gambar ada detail barang-barang, so uolss boleh baca dekat situ. Rajinlah membaca. Ada apa-apa nk tanya dm instagram @riduanamizan dan @decoby_Mizan. Tingkap saya tutup dengan playwood, then pasang wallpaper, suis,kipas abang saya buatkan wirering baru dekat tempat yang lebih sesuai. Jangan la pertikai pelik2-pelik, takkan cara buka tin cat pun kena ajar.

Kemaskini senarai barang-barang:
-Cat Kelabu RM30, kedai wardware
-Meja 7×3 feet RM230, upah tukang besi
-Kerusi RM34x8pcs= RM272, lazada
-Lampu RM35 untuk 3 pcs, lazada
-Wallpaper RM14 utk 10 meter, lazada
-Pokok skybird RM27.30 diy dari Ecoshoop
-Frame gambar RM2.10x12pcs = RM25.20, Ecoshoop
-Alas meja RM2.10, Ecoshoop
-Lantai vinly RM300 untuk satu dapur, Lazada

Selepas

Lampu tu saya beli dekat Lazada, tak tipu memang cantik gilowwww uolssss in love sangat.

Pokok ni penah viral dalam group ni, 1.4k likes. Total kos RM27.30 sahaja mampu milik la kan.

Kerusi beli dekat Lazada RM34/pcs. Asal order putih tapi tukar hitam sebab takut cepat kotor.

Frame ni saya beli dekat kedai Ecoshoop RM2.10/pcs, balik spray bingkai hitam, letak A4 putih then blackwhite 4R gambar candid.

Meja ni saya tempah/suruh jiran tukang besi buatkan untuk 8seater RM230, basic playwood, tapi saya tampal Vinly RM2.10 untuk cover permukaan meja.

Maaf andai ada yang tersinggung, sekadar berkongsi idea, ada kemushkilan atau pertanyaan boleh dm dekat ig @riduanamizan dan @decoby_Mizan

Sumber : Riduan Amizan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×