berita

Hasil Seni Lukisan Gadis Ini Yang Persis Anime Jepun Buat Netizen Kagum

March 20th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Bila sebut sahaja tentang anime pasti korang semua tahu ia adalah sejenis kartun yang dihasilkan oleh Negara Jepun dan telah mula mendapat sambutan hangat di Malaysia sekitar tahun 1990 seperti Doraemon, Crayon Shin Chan dan Slam Dunk.

Seorang pengguna Twitter (Shafiqah Othman) telah mendapat perhatian pengguna laman sosial apabila memuatnaik hasil kerja adiknya yang boleh dikatakan mirip dengan lukisan anime jepun.

‘Dia lukis dalam beberapa minit sahaja..’

Menurut pengguna akaun tersebut dia sedang mengintip kerja-kerja melukis adiknya yang akan menghadapi ujian lukisan di MSU. Tambahnya lagi, adiknya hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk menyiapkan lukisan tersebut dan pasti hasilnya pasti akan mengejutkan pensyarahnya.

‘Dia dah siap guys..’

Pengguna akaun tersebut juga menunjukkan hasil akhir latihan yang dilakukan oleh adiknya kepada netizen.

‘Kalau nak boleh ikut konvensyen disini’

Hasil kerja yang dimuatnaik tersebut mendapat respon daripada penggiat seni lukisan yang serupa dan mempelawanya untuk turut serta dalam mana-mana konvensyen sekiranya berminat dan pasti akan membantu untuk dapatkan peluang.

‘Patut masuk One Academy’

Ada juga yang menyarankannya untuk ke One Academy dimana ia merupakan salah satu tempat pembelajar secara formal bagi peminat seni lukisan.

‘Inilah yang boleh dipanggil sebagai bakat asli..’

Ada juga yang terpegun dengan hasil lukisan tersebut dan menyarankannya untuk menjadi pelukis manga. Malaysia pun mungkin boleh hasilkan anime macam Naruto atau One Piece kalau bakat seperti ini tidak disia-siakan. Selamat maju jaya dari admin untuk adik Shafiqah Othman!

Credit: Twitter Shafiqah Othman & Instagram Vanniepy

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×