Sekadar gambar hiasan
Hasil sumbang mahram pasangan adik-beradik di Dustlik, Uzbekistan seorang bayi dilaporkan mati selepas dua jam dilahirkan berikutan kecelaruan genetik.
Hasil sumbang mahram adik-beradik
Foto: Mirror UK
Memetik laporan media antarabangsa, bayi yang tidak dikenali identitinya lahir pada 4 Jun yang lalu dan mengalami pelbagai kecacatan. Apa yang lebih meruntun hati, apabila saat-saat terakhir bayi itu menangis di dalam inkubator dan sempat dirakam sewaktu seorang jururawat sedang mengelap punggung kanak-kanak kecil itu.
Difahamkan, bayi tersebut lahir dengan ichthyosis kongenital yang teruk selain beberapa kecacatan lain yang turut mengancam nyawanya. Kementerian Kesihatan Uzbek, menerusi satu kenyataan rasmi menjelaskan ichthyosis merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan kulit sentiasa kering, bersisik, dan tebal.
Dalam bidang perubatan terbukti kebanyakan kes, kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai kecacatan genetik akibat perkahwinan saudara terdekat.
Oleh itu, kami meminta golongan muda yang sedang membuat persiapan untuk berkahwin, pertama sekali, menjalani pemeriksaan kesihatan, dan seterusnya memulakan hidup baharu, mengelak perkahwinan antara saudara terdekat.
Hanya hidup 2 jam
Foto: Mirror UK
Mengulas lebih lanjut, ibu kepada bayi berkenaan berusia 28 tahun, hamil 35 minggu dan empat hari ketika anaknya dilahirkan dan itu merupakan cahaya mata kedua. Difahamkan, bayi malang itu hanya mampu hidup selama dua jam 10 minit sebelum meninggal dunia.
Sebelum ini, anak pertama wanita ini bersama bekas suaminya dahulu dilahirkan cukup sifat.
Sumber: Mirror UK